KEBAIKAN VITAMIN C DAN VITAMIN E




KEBAIKAN VITAMIN C

  • Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
  • Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
  • Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatitis, juga batuk serta demam selesema
  • Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut
  • Anti penuaan dan anti kedut
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, jangkitan serta meningkatkan imuniti
  • Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran hormon anti-stress
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang berlebihan, berguna dalam rawatan anemia
  • Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah dan menurunkan paras kolesterol dalam darah
  • Merawat jangkitan saluran kencing
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain


KEBAIKAN VITAMIN E


  • Membantu kulit kelihatan lebih muda

Vitamin E adalah sejenis antioksidan yang melawan radikal bebas. Proses penuaan menjadi lebih pantas apabila sel kulit kita diserang oleh radikal bebas seperti radiasi ion daripada gadget, asap-asap kenderaan, asap-asap kilang, sinar UV dan daripada asap rokok. Apabila serangan radikal bebas dapat di tangkis dan dikurangkan, maka proses penuaan akan dilambatkan.

  • Membantu mencerahkan kulit

Vitamin E membantu penghasilan sel baru yang lebih sihat dan mampu melawan pigmentasi, perubahan warna kepada kulit dan tona kulit tidak sekata.


  • Membantu proses penyembuhan kulit

Ia memudarkan dan menghilangkan parut akibat luka, melecur, pembedahan dan kesan tinggalan jerawat. Vitamin E mampu mengurangkan kesan parut kerana ia berfungsi untuk membantu penghasilan kolagen, melindungi dan melawan serangan radikal bebas yang menghalang penyembuhan parut.


  • Memudar dan menghilangkan jeragat

Jeragat selalu terjadi kepada mereka yang telah meningkat usianya kerana faktor usia, serangan radikal bebas dari pencemaran dan pemakanan dan fungsi hati yang kurang baik. Vitamin E akan melawan serangan radikal bebas dan mengurangkan jeragat. Apabila vitamin E disapukan kepada jeragat, ia akan melembabkan membran sel dan menggalakkan penghasilan sel baru yang jauh lebih sihat.


  •  Melembabkan kulit

Minyak vitamin E mampu memberikan kelembapan apabila diaplikasikan pada kulit. Biasanya digunakan bersama dengan minyak zaitun pada waktu malam untuk kaedah penggunaan yang lebih selesa. Kandungan asid oleik di dalamnya membantu kulit mengekalkan kelembapan dan mengelakkan daripada masalah kekeringan. Masalah kulit terlalu kering akan memberi banyak kesan yang tidak menyenangkan termasuklah kulit kusam, tidak bermaya, memburukan ekzema, psoriasis dan gatal-gatal.


  • Membuatkan kulit kelihatan berseri

Bebas cela, kekal lembap dan tidak kusam membuatkan kulit kita kelihatan lebih berseri dan bermaya. Selain menjadi rahsia kekal muda, ia turut menjadikan kulit lebih sihat untuk jangkamasa panjang.

  •  Membantu memudarkan dan menghilangkan kesan stretch mark pada kulit terutama di perut



  • Membantu meredakan masalah sunburn yang tidak serius

Vitamin E mampu melindungi pemakainya dari bahaya radiasi sinar UV matahari, seterusnya mengurangkan risiko terkena penyakit kanser kulit.

  •  Mengurangkan kedut dan garis halus penuaan

Faktor umur dan radikal bebas dari pemakanan dan pencemaran alam sekitar akan menyebabkan kukit muka kurang tegang dan berkedut. Proses ini dapat dilambatkan dengan pengambilan vitamin E yang konsisten.

Post a Comment

1 Comments

  1. yeahhh. kena banyak makan makanan berasaskan vitE and vitC

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!