KURANGKAN GOUT DAN ASID URIK DALAM BADAN

Advertisement

KURANGKAN GOUT DAN ASID URIK DALAM BADAN





Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan. Gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan. Kurangkan kandungan asid urik dalam badan. Boleh buat blood test untuk melihat kadar asid urik. Akak kongsikan tips dan cara yang dikatakan berkesan untuk membuang asid urik dalam badan. 

Bahan-bahan:

1 biji timun (saiz sederhana)
2 batang saderi
1 hiris lemon
1 inci akar halia muda (ginger root)

Cara-Cara:

1. Sediakan bahan-bahan seperti di atas dan bersihkan terlebih dahulu. Pastikan saderi tiada kotoran.
2. Potong timun menjadi lebih kecil.
3. Potong lemon separuh. Buangkan kulit. Anda boleh meletakkan yang satu lagi di dalam peti sejuk.
4. Kemudian masukkan sedikit akar halia muda (ginger root)
5. Campurkan semua dan blend.
6. Sedia untuk diminum setiap hari.

Resipi di atas hanyalah satu panduan sahaja. Pantang, pantang juga. Jangan main langgar sahaja. Panduan ini bukannya satu permanent solution kepada masalah gout.

Maka, ubahlah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal.

Kredit : SirapLimau

Post a Comment

2 Comments

  1. Baca post ni, teringat ayah aida.. nice sharing. nanti maybe boleh buat untuk ayah aida.. ^^

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!