Pulut Bakar Wangi
Oleh : Chef Hanieliza 1
Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muihMasa Penyediaan: 0 Jam 20 MinitHidangan: 2 Orang
Oleh : Chef Hanieliza 1
Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muihMasa Penyediaan: 0 Jam 20 MinitHidangan: 2 Orang
Bahan-bahan diperlukan:
- 1 cawan beras pulut (Direndam 3-4 jam dan tuskan)
- 1 cawan santan pekat
- 1 sudu teh halba
- 8 kuntum bunga cengkih
- 2 sudu makan gula pasir
- Garam secukup rasa
- Daun pisang secukupnya
Cara menyediakan dan memasak:
- Masukkan beras pulut ke dalam periuk kukusan dan kukuskan sehingga masak (naik wap).
- Masakkan santan, garam dan gula sehingga larut. Masukkan halba dan
bunga cengkih. - Masukkan pulut yang sudah dimasak tadi ke dalam mangkuk tahan panas dan gaulkan dengan santan sehingga sebati. Sejukkan.
- Layurkan daun pisang di atas api dan potong mengikut saiz yang
dikehendaki. Lap bersih. - Ambil sedikit pulut dan ratakan di atas daun pisang. Lipatkan daun pisang dan tekan supaya padat.
- Bakar menggunakan jaring pemanggang di atas api dapur ataupun di
dalam kuali sehingga garing.
2 Comments
and this is my favoriteeeeeeeee
ReplyDeletewaaaa.. sedap ni..
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!