RESEPI : Pulut Lepa

Advertisement

RESEPI : Pulut Lepa


Pulut Lepa
Oleh Chef Hanieliza 1
Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan beras pulut (Direndam 3-4 jam dan tuskan) 
  • 1 cawan santan cair 
  • 2 ekor ikan selayang (Dibersihkan) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 1 sudu teh halba 
  • 2 keping asam gelugur 
  • Garam secukup rasa 
  • Daun pisang secukupnya 
  • Lidi kelapa secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan beras pulut ke dalam loyang bersama santan dan sedikit garam. 
  2. Masukkan loyang ke dalam periuk kukusan dan kukuskan sehingga masak. Sejukkan. 
  3. Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan bakar sehingga masak. Ambil isinya. 
  4. Masukkan isi ikan, santan pekat, bawang merah, halia, halba, asam gelugur, dan garam ke dalam kuali. 
  5. Masakkan sehingga pekat dan kering sambil sentiasa mengacau supaya tidak hangus. 
  6. Layurkan daun pisang dan potong kecil. Lap bersih. 
  7. Ambil sedikit pulut dan leperkan di atas daun pisang. 
  8. Letakkan inti ikan di tengah dan gulungkan kemas. Sematkan dengan lidi kelapa pada kedua-dua hujung daun pisang. 
  9. Bakar di dalam kuali sehingga nampak garing. Hidangkan 

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!