Penjagaan Muka Homemade

Advertisement

Penjagaan Muka Homemade

Assalamualaikum semua..

Harini zati nak share tentang penjagaan muka homemade.. sebenarnya baru seminggu zati try benda ni. Kiub ais timun.. Rasa nya ramai pernah dengar kot pasal ni. Takpelah zati kongsi je. Tapi maaf zati tak ambil gambar pulak masa buat tu hehe.. Ni pon gambar dari mr.google.


Okey bahan nye ada lah

• Timun sebiji
• Bekas air batu yang petak kecik tu ( zati punya jenis getah sebab senang nak keluarkan nanti. Beli kat kedai 2 ringgit je)
• Air mineral ( zati guna air coway je)

Cara nya ialah

1. Sagat atau blender kan timun tu. Jangan hancur sangat.. Zati sagat je senang. Takde guna air. Sebab timun pon dah berair.
2. Lepas tu asingkan hampas dia dengan air dia. Guna je tapis tea kat rumah tu.
3. Then korang letak sesudu demi sesudu hampas tu dalam bekas air batu tu.
4. Letak air kat dalam hampas tu.
5. Simpan tempat beku selama sehari.

Cara guna

~ Ambil seketul atau dua ketul korang tonyoh je kat muka tu. Tonyoh je sental kalau boleh hehe. Memang best tau. Sejuk je.
~ Lepastu biarkan 10minit baru cuci.
~ Korang boleh rasa kulit korang lepas guna tu.

Buat lah seminggu 2 atau 3 kali. Insyallah pori pori tu akan mengecut.

Okay yang air timun pulak korang boleh buat toner tau.

Cara dia

- Campur air timun tu dengan lemon sebelah. Korang masuk kan dalam botol jenis spray. Then korang boleh spray kat kapas muka and tonyoh muka korang.. Seriussss segarr..

Cuba lah.. Murah je hehe..

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!