#SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!

Advertisement

#SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!

Assalamualaikum.
Harini Zati nak join segmen dari Azah ni. Macam tertarik dan menarik pulak segmen ni, cuba-cuba je join hehe.

Klik Banner Untuk Join

  • Blog zati ni ditubuhkan pada 08/01/2011 . Zati terjebak dengan blog ni sebab sepupu zati. Bila tengok dia main blog ni, edit mengedit, menaip, zati rasa macam minat pulak. Tambahan pulak bila tengok blog yang comel comel , ggeerraamm sangattt.. So daripada situ lah zati mula berjinak jinak dengan blog ni. Lagipon time tu zati tengah study, memang banyak masa dok depan laptop je. Start dari tu lah zati buat blog ni, edit sana edit sini, tengok tutorial bagai,sampai lah sekarang ni.
  • Rasanya takde lah maksud tersendiri blog ni. Yelah waktu tu muda lagi kan (baru 22 tahun) hehe muda ke? So memang takde fikir nama yang best atau nama yang ada maksud tersirat untuk dijadikan URL blog ni. Maklumlah zaman gedik gedik haha. Tu yang p letak nama z3tty tu.Tanpa berfikir panjang, maka jadilah URL >> https://z3tty.blogspot.my/ << . Lepastu sekarang nyesal kau jah! haha , rasa nak tukar pon ada.
  • Pahit manis sepanjang zati berblog ni tak banyak sangat sebenarnya. Cuma tu lah nak naikkan follower tu.. aje susah bebenoo.. Cuma ada satu ke kenangan pahit berblog ni. zati dok sedap tengah edit mengedit sekali tak menjadi! Lepastu lupa backup theme yang lama.haha nyesal tak sudah!
  • Nasihat zati pada blogger lain, benda penting pilih lah URL yang molek sikit haha. Jangan macam zati, nyesal oooo.. Dan kalau kita nak jadikan blog ni sebagai diary online kita, lebih baik jangan . Sebab , zati rasa macam tak manis pulak kita nak cerita tentang semua benda, semua hal pasal diri kita, untuk dijadikan tatapan umum.Lebih baik simpan untuk diri sendiri.
Haaa.. Dah terjawab semua apa yang Azah suruh nyatakan hehe.. Terima kasih korang yang sudi baca apa yang zati post ni.hehe Maaf lah kalau ayat agak tunggang langgang. 

Lastly, Thanks Azah buat segmen macam ni. Serious menarik! Sebab kita boleh bertukar tukar pandangan dan kongsi pengalaman kita sebagai seorang blogger..

Kalau korang nak join klik banner je okay!

Post a Comment

14 Comments

  1. wahh dah 7 tahun dalam dunia blogger. hiks. mesti otai ni kan :DD nice tips dear! betul2 pilih la URL yang elok2 sikit kan. kalau susah susah URL ni, org pun malas nak singgah. hikss. tapi URL zetty ni okay aje. kreatif je nampak sbb gabungan huruf dan nombor 3 :D


    tq tau sudi join segmen azah. nnt azah update list azah bgtau ya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe xde lah otai.. Lame jugak menyepi sebenarnya. Skrg baru aktif balik. 😊

      Delete
  2. lamanya dah blogging. btw singgah dari segmen yang sama :) salam perkenalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe terima kasih singgah 😊.. Salam perkenalan juga dari zati. Insyaallah zati singgah balik ye

      Delete
  3. Salam kenal Zumal pun join juga. Zumal mula berblog lewat sikit dari Zati
    http://www.duniazumal.com/2018/03/aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga 😊
      Insyaallah zati akan singgah balik ye

      Delete
  4. saya pun sertai segmen ini untuk saling berkenalan sesama blogger dalam komuniti blogspot.

    ReplyDelete
  5. selamat bersegmen

    Salam Sejahtera.

    Jemput join pencarian bloglist April 2018

    : http://aerillhassan.blogspot.com/2018/03/pencarian-bloglist-april-2018-by.html

    ReplyDelete
  6. Selamat bersegmen, lama ye awak dah start berblog :0
    http://www.nurzariniismail.com/

    ReplyDelete
  7. Singgah di sini dan salam perkenalan..
    http://starlavenderluna.blogspot.my/2018/03/segmenazahrahaman-aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
  8. Rasanya url tu boleh je ubah tu zati.
    datang dari segmen yang sama. done follow :)

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum... sy dr segemen yg sama... salam ukhuwah dan teruskan berblog ya!

    ReplyDelete
  10. Assalam singgah join segmen yang sama.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!