PETUA : Hilangkan Panas Badan

Advertisement

PETUA : Hilangkan Panas Badan

Assalamualaikum



Malam ni Zati rasa macam rajin je nak menaip haha. So malam ni zati nak kongsikan tips atau petua untuk korang. Korang mesti pernah alami panas badan kan ? Memang lah tersangat tidak selesa bila badan kita kejap panas , kejap sejuk ni. Setengah orang senang pergi klinik atau hospital . Tapi setengah orang pulak memang tak suka pergi klinik atau hospital dan terutama sekali jenis yang susah makan ubat tu. 

Okay kat sini zati kongsikan petua boleh mengurangkan panas badan tu. Boleh lah cuba , manalah tahu serasi ke.


1. Jus sebiji lemon, air dan gula.
Minum jus dari sebiji lemon dengan bancuhan bersama segelas air dan sedikit gula.

2. Timun, garam dan gula.
Kisar sebiji timun hingga halus, tambahkan sedikit garam dan gula. Minum setiap pagi, petang dan malam selama beberapa hari.

3. Kelapa muda dan jintan manis.
Tebuk sebiji kelapa muda dan masukkan sesudu besar jintan manis ke dalamnya. Biarkan semalaman dan minum semua airnya sehingga habis pada keesokan pagi. Cuba amalkan seminggu sekali

4. Buah belimbing dan air kosong.
Kisar sebiji buah belimbing bersama segelas air kosong tanpa ditambah gula. Tapis dan minum airnya 2 kali sehari

5. Lendir daun aloe vera.
Lumurkan lendir daun aloe vera ke ubun-ubun, bahagian bawah ketiak serta dada.

6. Pelepah daun pisang.
Layur 2 pelepah daun pisang. Letakkan satu di atas lantai, baring di atasnya manakala satu lagi untuk menyelimuti tubuh dari atas. Lakukan 3 kali sehari

7. Asam jawa dan air.
Ramaskan asam jawa dengan semangkuk air. Sapukan air tersebut ke bahagian ubun-ubun dan seluruh kepala serta lain-lain bahagian badan sebelum tidur.

8. Air kosong.
Paling mudah minum banyak air kosong. Mudah buang air kecil yang turut membawa keluar haba dari dalam badan.

Post a Comment

3 Comments

  1. Kalau demam Najihah selalu minum air masak dan banyak makan. btw thanks kongsikan tips ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama.

      memang air masak elok minum banyak :)

      Delete
  2. haha .. sy ingatkan tips hilangkan panas baran huhu..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!