PETUA : Untuk Beras Sentiasa Elok

Advertisement

PETUA : Untuk Beras Sentiasa Elok


Assalamualaikum

Beras ada bermacam-macam jenis. Beras Siam , Beras Wangi , Beras Perang dan macam-macam jenis lagi. Beras juga adalah makanan utama untuk manusia. Terutamanya kita lah kan, memang dari kecil lagi diajar makan nasi hehe.

Tapi beras ni kalau kita simpan lama akan datanglah kutu. Lepastu pulak kadang-kadang bau hapak. Sini zati share kan petua beras ni. Semoga bermanfaat ye.

  • Membersihkan Beras

Jangan dibasuh beras lebih dari tiga kali kerana ia akan mengurangkan kanji dan khasiatnya akan hilang.

  • Beras Tidak berkutu 

Masukkan beberapa tangkai cili kering atau serai ke dalam bekas beras. Hasilnya beras tidak akan berkutu dan sebaliknya berbau wangi.

  • Menghilangkan Hapak Beras 

Caranya ialah dengan membasuh dan masak beras itu seperti biasa di dalam periuk. Apabila airnya kering, masukkan sehelai daun pandan ke dalamnya.

  • Beras Tidak Bermutu 

Kalau anda tersilap membeli beras dan mendapatinya kurang enak dan tidak bermutu, cubalah cara ini untuk mengatasinya :
Goreng beras tanpa minyak dan rendam dalam air beberapa minit. Masaklah seperti biasa. Nasi akan menjadi lembut dan sedap di makan. 

Post a Comment

1 Comments

  1. Bagus tips ni..terutama bab kutu beras... elok je tmpat beras.. kutu tetap ada.. heran btl

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!