Terima nap untuk kali kedua

Advertisement

Terima nap untuk kali kedua

Assalamualaikum.

Baru baru ni zati tak berapa sihat demam , batuk , selesema dan yang paling tak best semput! Haa zati pon tak tahu lah. Semenjak setahun dua tahun ni tiap kali demam dan batuk mesti dapat semput. Sebenarnya zati ni jenis susah dapat demam.

Last year zati demam bulan 7. Memang semput teruk! Nak mati rasanya bila seksa nak bernafas, dada rasa ketat. Time nak tidur tu apa lagi memang tersangat lah seksa.

Disebabkan tak boleh tahan zati ajak husband pergi klinik swasta. Klinik Palani kat Ipoh ni. Zati memang dah biasa dengan klinik ni. Memang serasi dengan ubat ubatan dia. Dah checkup semua, doctor suspek zati asma ! Haaa sudah. Doc pon tanya sebelum ni ada asma ke? Zati cakap memang takda, so tanpa berlengah lagi zati beri nap.


Dalam 20 minit jugak lah zati nap ni. Dah selesai nap, fuuuhhh!! memang lega rasanya! Rasa dada lapang dan bebas! hahaha..Ni kisah tahun lepas bulan 7.

Dan baru ni lagi 28.3.2018 hari rabu haritu, lagi sekali zati demam,batuk,semput! So macam biasa husband lepas balik kerja terus bawak pi Klinik Palani, dan kena nap lagi! Kali ni doc check bila zati tarik nafas doc cakap wheezing! Macam biasa doc pon tanya ada asma ke? Zati pon cakap takde.

Dah check semua , macam biasa zati kena nap selama 20 minit.

Kene lah nap 20 minit

Husband pon nak mencelah jugak hihi

Okay bila dah nap tu baru rasa lega! Doc pon bagi ubat , lepastu doc pesan tak boleh main kucing, tak boleh minum jus jus buah macam tembikai, jambu ( haihh tu lah sedap pon ) .

Sekarang zati dah okay ! Alhamdulillah. Kalau boleh taknak demam lagi. Takut semput datng. Tapi bila doc cakap tak boleh main dengan kucing, alahai kesian kucing zati hehe. Tapi zati takde lah main dengan dia macam dulu. Just bagi mandi, makan macam tu je.

Post a Comment

3 Comments

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!