PETUA : Rawat Mata Rabun

Advertisement

PETUA : Rawat Mata Rabun


Assalamualaikum

Zati nak share sikit tentang rabun ni.Rabun ni memang agak menyusahkan diri kita sebab nya susah untuk pergerakan kita seharian. Ada sesetengah yang rabun agak teruk sampaikan kadang-kadang tu kawan tegur pun dia buat tak tahu je. Mula lah orang kata kita sombong ! Padahal nya dah memang tak nampak nak buat macam mana kan?

Rabun ni ada banyak jenis. Ada rabun jauh, rabun dekat, dan silau. Zati salah seorang yang mengalami masalah silau. Dan zati memang tak boleh drive waktu malam. Macam adik zati pula, memang rabun tahap teruk dah! Kalau tak silap zati power cermin mata dia utuk sebelah saja sampai 500+ . Punca nya? Hah! Dia tu suka main handphone dalam keadaan gelap. Tengok movie, dari malam ke pagi. Tu pasal lah lagi teruk melampau rabun nya!

Ada beberapa petua dan juga makanan yang boleh merawat atau mengurangkan rabun ni. Memang lah tak boleh raway 100% , tapi mungkin boleh kurangkan. Tapi zati rasa mungkin yang baru-baru start rabun tu mungkin ada harapan kot nak pulih. Boleh cuba petua ni, tak cuba tak tahu kan!

PETUA MERAWAT RABUN MATA

1. Wap nasi


  • Apabila memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.
2. Sawi 

  • Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.
3. Lobak merah 
  • Boleh makan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu InsyaAllah semakin baik nanti. Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.
4. Teh 
  • Mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia kan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.
5. Bawang Putih & Bawang Merah 
  • Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.
6. Kacang Walnut 
  • Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.
7. Tomato 
  • Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.
8. Kacang Soya 
  • Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.
9. Telur 
  • Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.
10. Brokoli 
  • Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.

Post a Comment

8 Comments

  1. dulu rajin makan carrot lepastu malas lepastu rabun dah

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing. Sy rabun jauh kot.. kalau tak silap ^^"

    ReplyDelete
  3. thank you for sharing this. Nadia suka , carrot, broccoli , teh and walnut.

    But, Mata nadia makin lama makin rabun . sob sob. Maybe sebab nadia excessively mengadap PC or hp kot mata makin lama makin rabun . =(

    ReplyDelete
  4. saya dah rabun teruk dah
    hehehe

    ReplyDelete
  5. Dulu saya guna embun pagi letak di mata sebab masa tu mata kabur sikit. Buat seminggu, mata dah okay. Tapi tak tahu sebab air embun tu atau sebab lain..

    ReplyDelete
  6. dari darjah 6 rabun.. lebih 20 tahun.. jap yang wap nasi tu menarik. nak cubalaa..

    ReplyDelete
  7. bagus tips ni utk ejulz yg rabun ni. ehehe

    ReplyDelete
  8. tq zetty.
    aida suka yg wap nasi tu.
    mudah :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!