Petua : Untuk Tingkatkan Daya Ingatan

Advertisement

Petua : Untuk Tingkatkan Daya Ingatan


Haah nampak tak tu , kuat beno tu haha , acah sado le tu . Zati nak share petua untuk tingkatkan daya ingatan kita. Maklumlah , bila umur dah makin meningkat ni, mula lah banyak perkara yang kita mudah lupa.

PETUA TINGKATKAN DAYA INGATAN

1. KOPI​


Kopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak, dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan kosentrasi. Mengikut kajian, orang dewasa yang meminum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yang signifikan dibandingkan mereka yang minum kopi tanpa kafein

2. LATIHAN MENTAL


Kajian menunjukkan bahawa rangsangan mental boleh menjaga otak sihat dan meningkatkan kekuatan daya ingatan. Orang yang memiliki daya ingatan yang bagus dan cemerlang, cenderung mempunyai pelbagai keinginan dan boleh mengatasi tantangan latihan mental. Latihan mental boleh menggunakan teknik seperti puzzle, teka-teki dan minat pada bidang sosial dan budaya.

3. LATIHAN FIZIKAL


Setengah jam melakukan latihan fizikal sebanyak 3 kali dalam seminggu amat memberi kesan terhadap peningkatan kekuatan otak. Olahraga atau senaman pula boleh memperbaiki kemampuan jantung utk mengepam darah lebih efektif.

4. CHEWING GUM​


Mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung sehingga memperbaiki oksigen yang dikirim ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif.

5. GINGKO BILOBA​

   

Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingat sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Ginkgo boleh memperbaiki perjalanan darah ke otak dangan membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen.
Ginkgo (Ginkgo biloba; dalam Cina dan Jepun 銀杏, romanisasi pinyin: yín xìng, romanisasi Hepburn: ichō atau ginnan) (dieja juga sebagai gingko) ialah spesis pokok unik dengan tiada spesis bersaudara yang hidup selainnya. Pokok ginkgo ditanam dan diperkenalkan secara meluas sejak zaman dahulu lagi dan mempunyai pelbagai gunaan dalam makanan dan ubatan tradisional. Pokok ini adalah pokok asal kepada ChinaJepun dan Korea dengan penanaman di China, Perancis dan Carolina Utara di Amerika; ia juga membesar di Iran. Ia hidup dalam kawasan beriklim sederhana sahaja.

​6. MINYAK IKAN



Minyak ikan banyak mengandungi asid lemak Omega 3 yang merupakan komponen penting dari membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan.

Post a Comment

7 Comments

  1. Esok boleh mula cari minyak ikan dah ni. :D

    ReplyDelete
  2. tak suka minum kopiii. nanti susah nak tidur walau dia baik untuk ingatan :(

    ReplyDelete
  3. Nasib suka minum kopi O , yang lain malas, haha. patutlah makin tua makinnnnnn cepat lupa. haha

    ReplyDelete
  4. Masa kecik selalu kena paksa makan minyak ikan tu, sekali pecah dalam mulut..ma shaa Allah rasa dia >_<

    ReplyDelete
  5. Nasib baik saya suka minum kopi.

    ReplyDelete
  6. patutlah orang israel suka minum kopi rupanya ada rahsia

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!