Assalamualaikum semua.Korang dah selesai isi ke info tax dalam adsense tu? Kalau belum, lebih baik cepat isi atau update tax info korang tu.Kalau korang buka laman adsense korang, mesti korang akan ada dapat info tax ni di bahagian announcements. Sebelum tu, sedikit info tentang Tax ni , boleh baca di bawah .



Pada yang belum lagi update, dibawah ni Zati tunjukkan cara-cara nya.Harap dapat membantu korang ye!

Cara Mudah Isi Info Tax Google Adsense

#1- Login ke Acoount Google Adsense dan klik bahagian payment



#2- Lepastu klik bahagian United States Tax , dan klik Manage Tax Info





#3- Akan keluar macam ni, klik je Add Tax Info



#4- Nanti akan keluar beberapa soalan yang korang kena jawab. Macam dibawah ni, dia akan tanya jenis akaun korang samada individu atau bisnes. Jadi korang tick kan yang mana jenis akaun korang tu. Macam Zati, tick yang individu punya. Dah tick, klik next.



#5- Lepastu soalan seterusnya samada korang warganegara US atau bukan, mestilah bukan kan, jadi tick No, dan klik Next



#6- Akan keluar W-8 tax form type , korang pilih yang W-8BEN, klik Start W-8BEN form



W-8BEN : Borang ini paling biasa digunakan oleh individu bukan AS dan juga akan digunakan untuk menuntut faedah perjanjian cukai

W-8ECI : Borang ini paling biasa digunakan oleh entiti perniagaan bukan AS atau individu yang mendapat pendapatan yang berkaitan dengan perdagangan atau perniagaan AS dan fail pulangan cukai pendapatan AS

#7- Korang isi alamat lengkap korang



#8- Bahagian Tax Treaty , tick No dan klik Next



#9- Kemudian akan keluar Document Preview, korang boleh download form tu untuk simpanan. Tick box tu, dan klik Next



#10- Lepastu akan keluar bahagian certification ni, bahagian tandatangan tu korang just tulis nama penuh sahaja. Kemudian tick Yes, jika korang adalah orang yang isi form ni. Then, klik Next



#11- Untuk bahagian Avtivities and Services korang tivk No, dan tick dalam kotak kecil tu ye.



  Saya menyediakan maklumat cukai untuk profil pembayaran baru atau sedia ada yang belum menerima pembayaran

 Saya menyediakan maklumat cukai untuk profil pembayaran sedia ada yang telah menerima      pembayaran sebelum ini

Dibahagian Status Change Affidavit tu, korang tick samada korang pernah dapat payment atau tak, macam Zati belum terima payment lagi, jadi Zati tick yang mula-mula. Akhir sekali, klik Submit.

#12- Dah selesai, akan keluar macam ni. Bahagian Status : Approved.


Selesai dah. Harap korang faham lah ye.