DelyvaNow Platform Penghantaran Semua Dalam Satu Yang Pintar, Mudah & Cepat

Advertisement

DelyvaNow Platform Penghantaran Semua Dalam Satu Yang Pintar, Mudah & Cepat


DelyvaNow adalah platform dalam talian yang mengumpulkan banyak pilihan penghantaran kurier dengan harga pos yang lebih murah. Ini bermakna anda masih menggunakan perkhidmatan dari kurier seperti Poslaju, DHL, Posmoto, Aramex, CJ Century, AsiaXpress, FGV, Matdespatch, dan lain-lain. Hanya membayar melalui DelyvaNow untuk mendapatkan harga pos yang lebih murah.

DelyvaNow adalah penyelesaian untuk penyampaian segera dan kurier sehenti untuk perniagaan dari semua saiz. Mudah memenuhi pesanan dan mendapatkan apa-apa jenis penghantaran yang dilakukan dengan hanya beberapa klik.



Diatas adalah antara rakan kurier yang telah bersama dengan DelyvaNow. Tapi, akan ada penambahan lagi rakan kurier yang akan turut menyertai untuk sistem baru ini.

Hanya gunakan satu platform ni sahaja, anda boleh tahu kadar harga dengan cara masukkan destinasi keinginan anda, berat bungkusan dan dapatkan senarai semua kurier yang tersedia untuk anda dengan kadar mereka.



Yang paling menarik dalam platform DelyvaNow ni adalah ianya tiada langganan bulanan atau tahunan. DelyvaNow telah menyediakan beberapa pakej untuk anda pilih dan setiap pakej tersebut mempunyai banyak kelebihan yang akan anda dapat. 

Anda hanya perlu tambah nilai kredit sahaja untuk membeli pakej tersebut dengan cara perbankan dalam talian, kad kredit/debit, e-dompet dan pindahan bank. Terdapat perlindungan liabiliti asas sehingga RM200. Anda juga boleh memilih insurans premium serendah RM1.



Diantara ciri-ciri teras DelyvaNow yang telah termasuk dalam setiap pelan :



DelyvaNow merupakan akses segera kepada penghantaran super rendah yang tiada komitmen minimum untuk menikmati kadar penghantaran diskaun dan perkhidmatan pengambilan. Tiada kontrak diperlukan untuk memulakan penghantaran dengan platform penghantaran DelyvaNow.



Apa pendapat anda tentang platfom DelyvaNow ni? Tersangatlah memudahkan urusan anda untuk mengepos barang kan. Anda boleh daftar secara percuma di website DelyvaNow ni, klik link ni → SIGN UP dan anda juga boleh download apps DelyvaNow di Google Play atau pun Apps Store

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!