Alhamdulillah.. Hadiah GA dari Pokcik Dah Sampai!

Advertisement

Alhamdulillah.. Hadiah GA dari Pokcik Dah Sampai!

Assalamualaikum bloggers..

Alhamdulillah.. Hadiah GiveAway dari Pokcik dah selamat sampai kat Zati petang semalam.. Terima kasih Pokcik.. Semoga Pokcik dimurahkan rezeki..

Ni lah hadiah tu..

Minyak Gonggang by Pokcik
Haa minyak ni homemade by Pokcik tau..
Zati list kan kegunaan Minyak Gonggang ni..

1.   Meredakan gatal akibat terkena gigitan serangga kecil seperti semut api, gatal terkena ulat bulu.

2.   Kaki makan air (athelete foot)

3.   Kulit badan berkerapu

4.   Kecederaan kulit yang lambat kering (Luka berair)

5.  Boleh juga digunakan untuk berurut.

6.  Terkena api atau air panas

Untuk kegunaan luaran sahaja/sapu.

Minyak ni dihasilkan dari kulit pokok gonggang.. Nak tahu khasiat kulit pokok ni.. 

Khasiat Kulit Pokok Gonggang


Gambar dari Pokcik

Pokok Gongang ini adalah merupakan spesis pokok balak tetapi ambo tidak mengetahui nama saintif pokok ini kalau ada sesiapa yang mengetahuinya boleh bagi info pada ambo. Pokok Gongang ini mempunyai kulit luar yang kering dan tebal. Untuk mendapatkan kulit yang  mengandungi getah,.... kulit yang tebal itu perlu dikikis dan dibuang


Gambar dari Pokcik
Membuang kulit yang mengandungi getah berwarna kuning..... Kulit ini yang akan dijadikan minyak


Gambar dari Pokcik
Kulit inilah yang berguna untuk dijadikan minyak... getah dari kulit ini kalau terkena jari agak susah untuk dihilangkan...


Gambar dari Pokcik
Getah yang kekuningan akan melekat dijari biasanya akan hilang selepas dua tiga hari dan kalau terkena dibaju atau pakaian getahnya tidak akan luntur


Gambar dari Pokcik
Proses akhir iaitu memasak kulit pokok ini bersama minyak masak dengan sedikit campuran herba... biasanya ambo akan memasukkan  sedikit pokok serai wangi.
Minyak pokok ini mempunyai khasiat untuk menghilangkan gatal-gatal kulit akibat gigitan serangga kecil, digunakan sebagai minyak mengurut, gatal-gatal kulit yang paling besar sekali kegunaannya ialah untuk kecederaan kulit akibat kemalangan iaitu mengeringkan kulit yang berair dan mengurangkan parut  luka itu..

Haaa.. itu lah serba sedikit khasiat kulit pokok gonggang ni yang zati dapat share kan.. Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh je tanya Pokcik sendiri. Kalau nak oder pon boleh kat Pokcik. Korang klik je sini >> http://www.pokcikblogger.com/<<

Ape pon zati ucapkan terima kasih sekali lagi pada Pokcik ..

Nanti boleh cuba ^^


Post a Comment

5 Comments

  1. tahnia zetty... smoga rezeki bpanjangan selalu..

    https://byshaz.blogspot.my/2018/02/giveaway-rm200-untuk-10-tukang-komen.html

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah selamat sampai tu.. apa-apa pun pokcik ucapkan terima kasih atas review tu... In Sha Allah dimasa akan datang kalau dimurahkan rezeki pokcik akan buat lagi GA. macam ni..

    ReplyDelete
  3. wah..rare..pastu susah nak dapat ni..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!