DIY Perangkap Nyamuk Super Mudah!!

Advertisement

DIY Perangkap Nyamuk Super Mudah!!

Gambar Google



Assalamualaikum


Semua orang tahu bahaya nyamuk ni kan. Boleh kena DENGGI ! Tambahan sekarang ni musim hujan kan, lagi lah nyamuk ni bertambah dan berkeliaran. Macam zati kat rumah ni memang 24 jam pasang ubat nyamuk. Sampai rumah pon dah bau asap dia. Bukan tak nak guna yang jenis sembur tu, tapi dah tak sama macam dulu punya. Boleh pula bau wangi. Dah tu bukan mati pon nyamuk nye, alih-alih lipas yang keluar! Dah la zati geli lipas.

Setengah orang tak boleh tahan dengan bau asap ubat nyamuk tu kan. Ada bermacam cara kita nak elak dari di gigit nyamuk ni. Contoh nya waktu malam , pakai kelambu. Kawasan rumah memang kena pastikan bersih dan tiada air bertakung. Sebab tu disarankan seminggu sekali bergotong-royong membersihkan kawasan rumah. Nak pula kalau kawasan korang tu memang Hotspot Area. Kalau nak buat aktiviti luar pula, lebih baik sapu minyak anti-nyamuk tu. Atau bawa je minyak tu kemana-mana. Kata orang lebih baik mencegah dari mengubati betul tak ? 

Kat bawah ni zati kongsikan cara buat perangkap nyamuk yang memang mudah dan bajet pun tak mahal. InsyaAllah berkesan. 

Bahan - Bahan

• Air panas 200ml
• Gula perang 50gm
• Yis 1gm
• 1 botol kosong plastik 2liter

Cara - Cara

1. Potong 2 plastik botol dan simpan bahagian muncungnya.
2. Sebatikan gula perang bersama air panas dan biarkan ia sejuk sepenuhnya.
3. Apabila larutan gula perang telah sejuk sepenuhnya, tuang ke dalam botol yang telah dipotong tadi.
4. Taburkan serbuk yis ke atas larutan gula perang tadi dan tidak perlu dikacau. Yis tadi akan menghasilkan karbon dioksida dan menarik minat nyamuk dari dalam rumah untuk keluar singgah ke botol perangkap nanti.
5. Ambil bahagian mulut botol yang telah dipotong tadi dan letakkan ke dalam botol berisi larutan gula perang secara terbalik.
6. Bungkus atau balut keseluruhan botol dengan kertas atau kain berwarna hitam dan letakkan botol yang sama di beberapa sudut luar rumah.
7. Periksa botol setiap minggu, anda akan dapati nyamuk yang terperangkap akan mati di dalam botol. Larutan ini juga sesuai digunakan untuk memerangkap siput di laman.​

Gambar Google

Post a Comment

4 Comments

  1. tak sangka guna gula.. menarik.. kat kg boleh cuba alhamdulillah kat rumah sendiri stakat ni xde gangguan..

    ReplyDelete
  2. wahhh senang je nak buat ni, nak try jugaklah nanti

    ReplyDelete
  3. terbaek. boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  4. wah. selamat utk environment.
    kat rumah aida, kurang skit nyamuk ni.
    kalau kat umah mak mertua, ya Allah, nyamuk nyer mcm lalat!!!
    besar. byk!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!