Assalamualaikum
Mesti ramai yang rajin ke salun untuk cuci rambut kan ? Sebab bila cuci di salun , rasa best bila dia dok garu-garu kepala kita tu kan . Bagi Zati, memang layan juga lah kalau cuci rambut kat salun tu, kadang-kadang rasa nak tidur .
Tapi sekarang ni Zati dah dapat cara cuci rambut ala-ala salun. Mungkin ada yang dah tahu cara ni, tapi pada yang belum tahu tu boleh baca tips ni. Cara Zati nak feel macam kat salun tu , Zati guna sikat bulat. Korang tahu tak sikat bulat tu ? Selalu nampak pakcik-pakcik guna sikat ni, kadang tu letak kat raga motor je.
Sikat tu lah yang Zati selalu guna masa syampu rambut. Memang best bila dok tenyeh-tenyeh kat kepala tu. Sebab kulit kepala Zati jenis berminyak, bila syampu dan tonyoh guna sikat ni memang rasa tersangat lah fresh masa bilas tu. Rasa segar je kulit kepala. Jangan lah korang tonyoh kuat sangat! Agak-agak je sebab sendiri buat kan.
Andrea tu serum lebatkan rambut. Serum tu Zati campurkan dalam syampu tu. Sebab rambut Zati gugur yang agak teruk juga, sebab tu guna serum ni.
Korang kena cuba okay. Serius memang lega. Sebab korang akan rasa kulit kepala tu bersih je. Sebab kalau setakat guna kuku macam tak puas kan. Sikat bulat ni murah je . Zati beli kat pasar malam je ni RM1.00 .
Kalau korang nak guna sikat biasa pon boleh, takde masalah . Tapi takut tak selesa lah , sebab sikat harian yang korang guna tu kan ada yang nipis,tebal, dan macam-macam bentuk. Kalau sikat bulat ni, korang just selit kan kat jari, then gosok je atas kepala tu. Sebab dia bulat dan sekata .
6 Comments
baca entry ni pun dah boleh bayang sedap dia cemana bila gosok dengan sikat tu haha
ReplyDeleteOw macam tu ye. Okay2, boleh try hihi
ReplyDeleteWah.. menarik ini.. Buat spa sendiri kat rumah..
ReplyDeletesekarang ni guna diane!
ReplyDeletewoww rambut pun ada serum rupanya. baru tahu hehehe
ReplyDeletetak sangka dah ada serum. shu masih setia dgn pantene.
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!