Tenet ialah sebuah filem aksi tulisan dan arahan Christopher Nolan dengan lakonan John David Washington, Robert Pattinson, Elizabeth Debicki, Dimple Kapadia, Michael Caine serta Kenneth Branagh. Kisahnya tentang seorang ejen rahsia yang memanipulasi masa untuk mencegah Perang Dunia Ketiga daripada tercetus.
Jalan Cerita
Seorang ejen CIA yang tidak disebut namanya (dikenali sebagai Protagonis) menyertai operasi sulit SWAT di sebuah balai opera di Ukraine untuk menyelamatkan seorang pengintip yang terbongkar serta mencuri sebuah artifak yang aneh. Protagonis diselamatkan daripada tembakan oleh seorang askar bertopeng yang menggelas beg dengan lencana merah. Protagonis ditawan lalu disiksa lalu menelan sebiji pil sianida. Kemudian dia kembali sedar, menyedari pil itu palsu dan semua rakan setugasnya mati, artifak itu dirampas, dan misi itu hanya satu ujian.
Protagonis ditugaskan ke organisasi rahsia "Tenet", di mana dia mengenal Laura, saintis yang mengkaji peluru-peluru yang disongsangkan entropi untuk bergerak terbalik masa. Protagonis menjejak peluru-peluru tersebut kepada seorang saudagar senjata di Mumbai bernama Priya yang juga ahli Tenet. Dengan bantuan 'orang setempat' Neil, Protagonis menceroboh rumah Priya lalu mengetahui bahawa peluru-peluru itu dibekalkan oleh seorang oligarka Rusia bernama Andrei Sator yang berkomunikasi dengan masa hadapan. Protagonis berjumpa dengan Kat, isteri Sator yang sudah berpisah, lalu mengetahui bahawa Kat diugut oleh Sator dengan lukisan palsu yang dijual kepada Sator untuk menjauhkan dirinya daripada anak mereka. Tambah Kat, kali terakhir dia bahagia bersama Sator adalah ketika berlayar di Vietnam, di mana dia terlihat seorang wanita terjun dari kapal.
Protagonis dan Neil berganding bahu dengan Mahir si 'tukang atur' untuk mencuri lukisan tersebut dari ruangan sekuriti di Lapangan Terbang Oslo dengan menghempaskan pesawat kargo ke dalam bangsal untuk mengalih perhatian orang luar. Di dalam ruangan sekuriti, mereka menemui sebuah mesin besar dari mana keluarnya dua orang bertopeng, salah seorang daripada mereka 'diterbalikkan'. Neil melawan dan melucutkan topeng si normal, kemudian menghalang Protagonis daripada membunuh si terbalik. Kemudian, Priya menerangkan bahawa mesin itu merupakan "lawang putar", sebuah peranti penterbalikan masa yang dicipta pada masa hadapan, malah dua lelaki bertopeng itu mungkin orang yang sama. Protagonis menipu Kat bahawa lukisan sudah musnah, maka Kat pergi berjumpa dengan Sator, dan Sator pun mendedahkan bahawa lukisan sudah dialihkan sebelum hempasan pesawat. Sewaktu beriadah menaiki katamaran, Kat cuba melemaskan Sator tetapi Sator diselamatkan oleh Protagonis. Protagonis menawarkan untuk mencuri plutonium yang diidamkan oleh Sator demi membebaskan Kat. Maka Protagonis dan Neil pergi mencuri "plutonium" dari konvoi yang dikawal ketat, tetapi mendapati bahawa yang dicuri itu artifak lain.
Sator yang 'terbalik' menangkap Protagonis sekali dengan Kat, lalu mencederakan Kat dengan peluru 'terbalik' sambil mengugut Protagonis untuk mendedahkan tempat sebenar artifak berkenaan. Setelah Sator pergi, seangkatan operatif Tenet pimpinan Ives datang untuk membebaskan Protagonis. Neil mengaku dirinya anggota Tenet. Untuk menyelamatkan nyawa Kat, Protagonis dan Neil membawanya melalui lawang putar Sator. Mereka kembali ke kejadian hempasan Lapangan Terbang Oslo minggu lepas lalu menyah-terbalikkan diri mereka di dalam lawang putar di sana. Sambil menceroboh lapangan terbang, Protagonis yang terbalik bertembung dengan dirinya yang belum terbalik sebelum sampai di lawang putar untuk menyah-terbalikkan dirinya.
Priya menerangkan bahawa artifak-artifak berkenaan merupakan komponen-komponen bagi sebuah "Algoritma" ciptaan masa hadapan yang berkemampuan menyebabkan malapetaka dengan menterbalikkan seluruh dunia; lebih-lebih lagi, manusia masa depan ingin mengaktifkannya untuk mencegah kesan pemanasan global. Kat mendedahkan bahawa Sator sedang meniti ajal kerana kanser pankreas yang tidak dapat dibedah, serta membuat kesimpulan bahawa Sator akan mengaktifkan Algoritma pada saat kematiannya dengan hasrat untuk 'mematikan' dunia sekali bersama dirinya. Kat mengesyaki bahawa Sator akan memilih untuk mati pada saat paling bahagia, iaitu sewaktu di Vietnam. Kat berbalik masa untuk menangguhkan kematian Sator sementara angkatan Tenet menjejak pemasangan Algoritma ke sebuah tinggalan kota tertutup Soviet lalu memulakan "gerakan kacip masaan", di mana separuh angkatan dikerah mengikut masa ke arah zon letupan, sementara separuh lagi menongkah masa. Protagonis dan Ives dihalang dari mencapai Algoritma oleh pintu terkunci sehingga mayat bertopeng dengan beg galas berlencana merah kembali hidup untuk menyelamatkan Protagonis daripada tembakan lalu membuka kunci pintu. Kat membunuh Sator sedikit awal sebaik sahaja Protagonis dan Ives memperoleh dan mematikan Algoritma. Kat terjun dari kapal layar sambil diperhatikan oleh dirinya dari masa lampau.
Protagonis, Neil dan Ives memecahkan komponen Algoritma. Protagonis terlihat lencana merah pada beg galas Neil; Neil mendedahkan bahawa dia direkrut ke dalam angkatan Tenet beberapa tahun lalu oleh Protagonis dari masa hadapan, dan misi ini adalah penamat bagi persahabatan lama yang belum dialami oleh Protagonis. Di London, Priya cuba membunuh Kat tetapi dibunuh oleh Protagonis yang telah menyedari bahawa dirinya merupakan pengasas Tenet di masa akan datang. Protagonis menyaksikan Kat bertemu semula dengan anaknya.
Barisan Pelakon
John David Washington
Robert Pattinson
Elizabeth Debicki
Dimple Kapadia
Michael Caine
Kenneth Branagh
Rate: 8.0/10
Genre: Action,Sci-Fi
Genre: Action,Sci-Fi
2 Comments
Menarik ni :)
ReplyDeleteKeputusan GA dah keluar :)
https://ejulz.blogspot.com/2020/12/keputusan-giveaway-by-ejulz-faizzahamir.html
Nice movie review, thank you for sharing.
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!