TIPS : Ketahui 30 Tips Jimat Elektrik

Advertisement

TIPS : Ketahui 30 Tips Jimat Elektrik


Assalamualaikum , Selamat Tahun Baru semua.. Dah masuk tahun 2021 kan. Rasa nya cepat masa berlalu. Okey lah , pembukaan tahun baru ni zati share kan tips jimat elektrik , harap dapat membantu anda ye..



Tip Jimat Elektrik 1:
Padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah sekiranya tiada sesiapa di situ.
Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur di tutup.

Tip Jimat Elektrik 2:
Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mode 'standby'.

Tip Jimat Elektrik 3:
Sebaik-baiknya gunakan kipas angin (kipas dinding atau kipas berdiri) dan elakkan penggunaan penyaman udara. Tapi kalau dah panas sangat dan tak tahan barulah gunakan penyaman udara.

Tip Jimat Elektrik 4:
Gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pengcahayaan berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.

Tip Jimat Elektrik 5:
Mendidik ahli keluarga yang lain agar menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan sesuatu bilik atau ruang.

Tip Jimat Elektrik 6:
Pasangkan lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut sesuatu perayaan atau ketika mengadakan sesuatu majlis atau kenduri.

Tip Jimat Elektrik 7:
Elakkan penggunaan mesih basuh yang melebihi muatan ('overload') atau pun muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. 
Selain hasil cucian yang kurang bersih ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan.

Tip Jimat Elektrik 8:
Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan.

Tip Jimat Elektrik 9:
Rajin membersihkan habuk atau debu yang terdapat di koil peti ais anda.

Tip Jimat Elektrik 10:
Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya 'freezer' peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.

Tip Jimat Elektrik 11:
Elakkan menyimpan makanan yang panas atau yang baru dimasak dalam peti ais.

Tip Jimat Elektrik 12:
Jika menggunakan mesin basuh, sebaiknya keluarkan pakaian yang perlu digosok dari alat pengering ketika ia masih agak lembap. Ini bertujuan supaya ia tidak terlalu berkedut dan memudahkan untuk menggosok pakaian tersebut.

Tip Jimat Elektrik 13 :
Elakkan 'over dry' pakaian anda. Kenapa agaknya tu? Semestinya agar ia tidak membazirkan tenaga elektrik dan berkemungkinan besar menyebabkan pakaian anda mudah rosak. Contohnya - benang jahitan lebih mudah tertetas.

Tip Jimat Elektrik 14:
Seelok-eloknya pilih lampu dan warna yang 'reflective' untuk 'ceiling' serta dinding sesuatu ruang di rumah anda.

Tip Jimat Elektrik 15:
Letakkan peti ais pada tempat yang paling sejuk atau mempunyai pengudaraan yang baik di dapur anda.

Tip Jimat Elektrik 16:
Jika anda merancang untuk bercuti atau balik kampung, setkan peti ais anda pada suhu yang minima.

Tip Jimat Elektrik 17:
Fikir dulu sebelum nak buka peti ais. Apa yang ingin anda ambil? Elakkan dah buka peti ais baru terpinga-pinga apa benda yang nak diambil. He...he...Ia agak remeh tetapi tanpa anda sedari ia juga melibatkan penggunaan tenaga.

Tip Jimat Elektrik 18:
Pastikan mentol atau lampu tidak diselaputi habuk. Habuk terutamanya jika tebal akan memberi kesan kepada tahap pengcahayaan lampu tersebut. Pssst...Jangan pula anda merungut apasal malap semacam je ni? Terutamanya mase nak baca suratkhabar waktu malam.

Tip Jimat Elektrik 19:
Tanam pokok atau pohon yang rendang supaya keadaan di rumah anda tidak terlalu panas.

Tip Jimat Elektrik 20:
Anda bercadang nak membeli peti ais kedua? Fikir masak-masak adakah ia perlu.

Tip Jimat Elektrik 21:
Rancang pembelian perkakas elektrik dan elektronik. Pastikan anda membeli perkakas yang tahan lama serta mudah diselenggara. Jangan lupa mengambilkira kos pembaikannya apabila ia rosak kelak.
Pssst...Sebaiknya tanya dulu pada jurujual apa masalah yang sering dihadapi pelanggan terdahulu, berapa purata kos pembaikan dan bagaimana cara penggunaan yang terbaik.

Tip Jimat Elektrik 22:
Apabila hendak membeli pakaian, pilih fabrik yang tidak perlu atau mudah digosok.

Tip Jimat Elektrik 23:
Apabila memilih cadar, sarung bantal, kain langsir atau lain-lain fabrik, utamakan fabrik yang tidak perlu digosok. Jadi anda tidak perlu menggosok. Jimat elektrik dan tenaga gitu. Betul tak?

Tip Jimat Elektrik 24:
Sekiranya anda ingin bertukang sama ada menggantung 'frame' gambar atau lain-lain kerja pertukangan yang tidak mengerah tenaga yang banyak, gunakan saja alatan tangan biasa.

Tip Jimat Elektrik 25 :
Jika anda menggunakan penghawa dingin, pastikan ruang tersebut tertutup sepenuhnya. Ia bertujuan menjimatkan tenaga. Psssttt.. Nanti jangan pula anda mengeluh bilik tak sejuk-sejuk, walhal dah berjam-jam 'air-cond' di 'on' kan.

Tip Jimat Elektrik 26 :
Penggunaan ketuhar gelombang mikro atau 'microvawe' sebenarnya menjimatkan tenaga. Ia juga mengurangkan masa memasak anda sebanyak 15-20%.

Tip Jimat Elektrik 27 :
Sekiranya anda bercadang membeli gadhet terbaru dipasaran, pertimbangkan dan pilih model yang menjimatkan tenaga. Nanti anda tak perlulah nak bimbang pasal nak selalu cas bateri atau sekurang-kurangnya dapat membantu menjimatkan elektrik tounge emoticon.

Tip Jimat Elektrik 28 :
Semak bil elektrik bulanan anda. Pantau dari semasa ke semasa dan adakah ia konsisten, turun atau naik. Jika meningkat , cuba tips yang telah diberikan. Analisa juga sama ada anda membeli peralatan elektrik atau elektronik yang baru. Jika ada gunakannya secara bijak dan kawal penggunaannya.

Tip Jimat Elektrik 29 :
Lampu berteknologi led juga menggunakan tenaga yang minima disamping kurang radiasi dan baik untuk kesihatan.

Tip Jimat Elektrik 30 :
Gunakan alat penjimatan elektrik. Ia membantu anda menjimatkan elektrik dengan mudah. Ia sah di sisi undang-undang Malaysia dan disyorkan oleh Suruhabjaya Tenaga.

Harap dapat membantu :)

Kredit : Zul Tukang Elektrik



Post a Comment

0 Comments