Drama yang di adaptasi dari sebuah novel 'Sabarlah Duhai Hati' karya Mimie Afinie akan mengisi slot Akasia TV3. Menemukan gandingan Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli. Diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading, arahan Mohd Fazli Yahya. Bersiaran setiap hari mulai 28 April 2021 pukul 7 malam di TV3.
JUDUL : SABARLAH DUHAI HATI
EPISOD : 35
TARIKH TAYANGAN : 28 April 2021
WAKTU SIARAN : Isnin – Ahad, 7.00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya, Eez Jalaluddin
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Saharul Ridzwan, Amyra Rosli, Aiman Badrul, Puteri Sarah Liyana, Izzue Islam, Iman Suhana, Fadilah Mansor, Balkisyh Semundur Khan, Haleeda, Emelda Rosemila, Kodi Rasheed, Hisyam Bakar, Danish Hazriq, Pablo Amirul, Ann Zain
WATAK PELAKON
Saharul Ridzwan sebagai Affan
Amyra Rosli sebagai Fira
Izzue Islam sebagai Nazim
Puteri Sarah Liyana sebagai Dian
Iman Suhana sebagai Nadia
Aiman Badrul sebagai Danish
Fadilah Mansor sebagai Opah
Balkisyh Semundur Khan sebagai Mak Teh Zana
Haleeda sebagai Laila
Emelda Rosemila sebagai Shima
Kodi Rasheed sebagai Rizal
Hisyam Bakar sebagai Pak Teh
Pablo Amirul sebagai Johan
SINOPSIS NOVEL :
Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya.
Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela.
Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.
“Sejak bila abang suka Fira?”
“Sejak Fira curi hati abang.”
“Abang kan pernah cakap, abang tak suka Fira. Abang takkan kahwin dengan Fira.”
Tawa Affan memecah suasana hening malam. Kuat dan lama. Dalam suram cahaya lampu, Fira pandang suaminya. Geram dengan suara tawa itu.
“Ini cerita tahun bila Fira bawa keluar ni?”
“Tak kisahlah tahun berapa pun, yang penting abang pernah cakap macam tu, kan? Kecil hati Fira, tau!”
“Kecik hati dengan abang la ni?”
“Memang pun. Dah buat orang macam tu, pandai pulak ajak orang kahwin. Tak malu.” Fira mengejek. Lagi sekali Affan hamburkan tawanya. Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan rintangan.
“Kalau you nak tahu, bukan Affan yang nak sangat kahwin dengan you tapi mak teh yang paksa dia. Sebabnya mak teh kesiankan you.” - Nadia
Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?
Pada korang yang nak tonton drama ni secara online, boleh tengok disini → Drama Sabarlah Duhai Hati
1 Comments
aida folo citer ni awal hingga akhir. nice. terbaik!
ReplyDeletesebab tak la jahat semuanya. seimbang. ada watak baik, jahat, neutral. so, real la skit kan jalan cerita.
aida kurang gemar bila jalan cerita, jahat sgt hingga seseorang tu dibodoh-bodohkan. seolah-olah takde bantuan dari sesiapa.
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!