SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara. SPNB kini diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula 3 Ogos 2018.
Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 3,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Kaedah perlaksanaan dan ciri-ciri Program RMR dibina mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di dalam risalah di bawah.
Kelayakan Pemohon
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Bagi korang yang ingin buat kira-kira purata pendapatan bulanan dan adakah cukup untuk korang membuat bayaran bulanan. Korang boleh kira pendapatan korang, supaya korang boleh buat bajet bulanan.
Nota
- Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.
- Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
- Salinan kad pengenalan tuan tanah.
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru.
- Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua.
- Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang.
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
- Salinan sijil nikah pemohon.
- Borang laporan tapak bergambar.
Nota
- Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
- SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
- Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB.
- Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.
Cara Memohon (Secara Online)
- Layari laman web - https://rmr.spnbonline.com.my/
- KLIK PENDAFTARAN BARU - Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap.
- PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN - Kata laluan akan dihantar kepada pemohon.
- LOG MASUK KE LAMAN UTAMA - Gunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR.
- MELENGKAPKAN BORANG ONLINE - Isi maklumat ke dalam sistem.
- SELESAI MENGISI BORANG ONLINE - Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang.
- MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB - Memajukan borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.
- SEMAKAN DAN PENILAIAN OLEH PIHAK SPNB - Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan.
Permohonan juga boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan RMR di cawangan SPNB dan dimajukan kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.
Tanggungjawab Pemohon (Sekiranya Diluluskan)
- Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
- Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
- Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
- Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
- Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan.
Pembayaran RMR Secara Online
Anda boleh membayar pinjaman RMR melalui JOMPAY.
- Cari logo JomPay dan Biller Code pada surat arahan pembayaran yang diterima daripada SPNB.
- Terdapat 40 Bank yang berdaftar dengan JomPay. Daftar masuk ke Bank pilihan anda dan klik JomPay.
- Masukkan maklumat yang berdaftar dan sahkan.
- Cara-cara bayaran balik pembiayaan Rumah Mesra Rakyat (RMR):
- Biller Code: 13987
- Amount (RM): Jumlah Pembayaran
- Ref-1: No Akuan RMR
- Ref-2: No Kad Pengenalan
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat SPNB, sila hubungi :
IBU PEJABAT
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
03-7849 2000
03-7849 2020
pr@spnb.com.my
aduan@spnb.com.my
CAWANGAN KEDAH
No 1, Jalan PPZ 1, Pusat Perniagaan Zamrud, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
04-425 0375, 019-205 0375 (Hotline)
spnb_kedah@spnb.com.my
En. Ahmad Yamani bin Zainol
CAWANGAN PAHANG
A-53 - G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
09-573 3222
09-573 3666
spnb_pahang@spnb.com.my
Dato' Ahmad Islanizam bin A. Halim
CAWANGAN MELAKA
No. 19, Jalan Lagenda 3, Taman 1 Lagenda,
75400 Melaka.
06-288 4335 / 06-288 4770
spnb_melaka@spnb.com.my
En. Azmil bin Abu Samah
CAWANGAN JOHOR
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
07-225 9900 / 07-225 9911
07-222 3233
spnb_johor@spnb.com.my
En. Khairul Hisyam bin Zakaria
CAWANGAN TERENGGANU
Tingkat 2, Bangunan TD1303, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
09-625 0076 / 09-625 0067
spnb_kualaterengganu@spnb.com.my
En. Mohd Ridzuan bin Abd. Ghani
CAWANGAN KELANTAN
Lot 635 (Corner Lot), Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan.
09-740 6546 / 740 6048
09-740 5045
spnb_kelantan@spnb.com.my
Mejar (B) Ismail bin Hassan
CAWANGAN PERAK
No. 30-1, Jalan Meru Bestari B5, Medan Meru Bestari, 30020 Ipoh, Perak.
05-526 4188 / 05-526 3876 / 05-526 5438
05-526 4319
spnb_ipoh@spnb.com.my
IR En. Ahmad Helmi Ahmad Khalil
CAWANGAN SABAH
Lot B1.3 & B1.6, Tingkat 1, Blok B, Bangunan KWSP. Jalan Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
088-274 663 / 013-880 8194 (Hotline)
088-274 665
spnb_sabah@spnb.com.my
En. Reggie Sua @ Mohd Haffiz bin Abdullah
CAWANGAN SARAWAK
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, 93050 Kuching, Sarawak.
082-230 032 / 082-240 032
082-230 055
spnb_kuching@spnb.com.my
En. Wan Habeeb Alli bin Wan Yep Mohdzar
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
06-601 4498 / 06-601 4350
06-601 3507
spnb_n9@spnb.com.my
En. Azmil bin Abu Samah
PEJABAT TAPAK PERLIS
Pejabat Tapak SPNB Perlis, Lot No 10, Tingkat Bawah, Jln Dua, Medan Sri Pulai, 01000 Kangar, Perlis.
04-976 8570 / 04-976 8401
spnb_kedah@spnb.com.my
En. Ahmad Yamani bin Zainol
0 Comments
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!