Koleksi Resepi Udang Yang Mudah Dan Sedap! | Siapa sini suka makan udang? Rasanya ramai yang suka kan? Termasuk la Zati hehehe.. Sebenarnya pelbagai masakan yang kita boleh masak dengan udang ni. Jom layan resepi-resepi dibawah, mana la tau kot boleh dijadikan idea untuk korang masak untuk makan bersama family tercinta!
1. Resepi Udang Diraja (Kredit: Suhaiza binti Haji Sukardi via MAHN)
Bahan-bahan dikisar :
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 batang lada cili
3 sudu lada kering kisar
Bahan-bahan lain :
Udang galah / udang kulit putih etc
2 batang serai dititik
Daun kunyit dihiris halus
2 keping Asam keping
Garam dan gula sesedap rasa
1 cawan santan pekat
Cara-cara memasak :
Tumiskan barang yg dikisar, bila minyak naik masukkan serai dan asam keping, masukkan udang yg telah dibasuh dan ditaburkan garam. Gaulkan sehingga sebati. Last sekali masukkan santan pekat, gaulkan dan masukkan daun kunyit, garam sikit dan gula bagi yang gantikan ajinomoto. Masak jgn lama sgt, nanti udang tak fresh.
2. Resepi Udang Masak Lemak Nenas (Kredit: Tengku Roselyza Raja Muhammad via MAHN)
BAHAN:
1kg Udang
Nenas hiris sedang²
Sehelai daun kunyit
2 btg serai diketuk
1kotak santan
**3biji bawang merah besar
**4ulas bawang putih
**Sedikit halia
**Sedikit kunyit hidup
**Cili padi ikut kepedasan
**Cili merah/hijau
Sedikit minyak utk menumis
Bahan bertnda ** perlu dikisar
Cara :
Panaskan minyak, masukkan bahan kisar.. Tumis sehingga naik bau masukkan serai,nenas, daun kunyit.tutup periuk kejap. Bg aroma, rasa kuah tu sebati ..lepas tu masukkan udang, santan, garam secukup rasa, masak sehingga mendidih. Siap..
3. Resepi Udang Masak Bali (Kredit: homemadebyroselyza)
Bahan :
1 kilo udang (size besar, lumur kunyit, garam dan goreng kejap)
7-8 batang serai (ketuk)
3labu bawang merah
5 ulas bawang putih
Kicap manis/kicap lemak masin (Enaq)
Cili kisar (agak2 aje)
Gula
Garam
Daun kari
Panaskan minyak, tumis serai dan daun kari sampai layu sikit, masukkan bawang blend, tumis sampai kekuningan, masukkan cili kisar.. Tumis sampai pecah minyak ...tuang kicap ...tumis lagi, baru masukkan udang yg dh digoreng tadi...gaul sekata masukkan sedikit garam dan sedikit gula secukp rasa ..tabur lg ngn daun kari ...siap ..
4. Resepi Udang Khamped (Kredit: Ida Zairi)
1kg udang (seeloknya udang besar @ udang galah) garam kunyitkn dan goreng sekejap
Bahan blend halus
2 biji bwg besar
5 ulas bwg putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 btg serai potong halus
2 biji cili hidup (merah)
5 biji cili api (hijau)
————————————
2 sudu cili kisar
1 sudu pes tomyam
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu sos ikan
1 keping asam keping
Kacang panjang (optional)
Bahan perasa
Garam
Gula
Bahan hiasan
Daun limau purut
Cara2
Panaskan myk bks goreng udang, tumis bahan2 blend hingga naik bau, masukkn cili kisar masak smpai pecah myk, masuk sos tiram, asam keping, sos cili & sos ikan masak hingga mendidih.. Jika kering masukkan air.. Masuk udang, masuk kacang & daun limau purut.. Perasakan
Selamat mencuba!!
5. Resepi Udang Kunyit Sos Cili (Kredit: Jaja Rosli)
Goreng udang yang digaul dengan kunyit dan perisa Maggi Cukup Rasa
Agak-agak separuh masak, angkat letak tepi
Tumis bawang merah n putih (yang dikisar/tumbuk) dan cili kering kisar
Naik bau, masuk sos tiram dan sos cili
Masukkan udang semula, masukkan hirisan bawang besar n cili hijau
Siap!!
(Sukatan main agak-agak dengan kuantiti udang)
6. Resepi Udang Masak Kerisik (Kredit: Ariel Juffry)
Bahan-bahan
1. udang galah basuh bersih
2. kerisik 3sudu besar
3. cili kering blend
4. bawang besar 3 labu , bwng putih 4ulas
5. halia sebesar ibu jari
6. 2sudu kecil serbuk kari
7. aji, garam, gula, asam keping 2keping.. daun kari 3tangkai..
Caranya
goreng udang yg d bersih tadi lumur sedkit kunyit n garam" goreng half cook" kemudian toskan, tumiskan bahan blend no - 2 sampai no -5,tumis sampai naik bau.. masukan daun kari tadi asam keping dan serbuk kari" masukan air sedikit saja.. kemudian masukan udang tadi kacau2.. masukan bahan2 perasa.. perasa kan dengan secukup nyaa..selamat mencuba...
7. Resepi Udang Berlado (Kredit: Azreen Alia Natasya)
Segenggam cili padi merah + hijau
Bawang merah besar 2 biji
Bawang putih 4 ulas
Daun limau purut 3 helai.
Blend bersama air semua bahan kecuali daun limau.
Tumis bahan blend sampai pecah minyak.
Minyak jangan terlalu sikit.
Masukkan daun limau dan serbuk kunyit 1 sk.
Masukkan gula dan garam
Akhir sekali masukkan udang dan bawang merah potong.
Jangan masak lama sangat lepas masuk udang, nanti kulitnya kecut😅 dan overcooked, tak sedap.
Siap.
8. Resepi Udang Sambal Masam Manis (Kredit: Siti Fatimah)
Udg Stgh kilo( Gaul Garam kunyit Goreng ketepikan)
Cili merah 2 biji
Cili Padi 6 biji
Bwg kecik 4 ulas
Bwg Putih 2 ulas
Sedikit belacan ( Semua di atas tumbuk ya)
Stgh ketul pati ayam knoss
Sedikit Garam dgn gula
Air Asam Stgh cwn
Santan 1 sudu besar
Hiasan Daun Bwg ,Bwg besar , Cilipadi & Sebiji Cili Merah
Cara-cara
Panaskan minyak ,tumiskan bhn² yg di tumbuk xd...masak Sampai garing... kemudian masukkan Air asam, Santan...Gula ,pati ayam dgn Sedikit garam...Masak sampai kering kuah... kemudian masukkan Udg...masak dlm 5 min lg , kemudian masukkan.. Hiasan Xd...
Dh siap...blh di hidangkan
Korang jangan lupa cuba tau.
0 Comments
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!