Cara Mandi Wajib Selepas Haid

Advertisement

Cara Mandi Wajib Selepas Haid


Mandi wajib ataupun mandi junub disebut juga mandi hadas besar adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan. Haram bagi seorang muslim yang belum mandi wajib untuk mengerjakan solat.

Rukun Mandi Wajib

Ada 2 rukun mandi wajib, iaitu :
  • Niat mandi wajib
  • Ratakan air ke seluruh tubuh anggota badan yang zahir


Niat Mandi Wajib

Di bawah adalah niat-niat untuk mandi wajib hadas besar (umum) dan niat mandi wajib selepas haid.

Niat Mandi Wajib  (Hadas Besar)


Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”

Niat Mandi Wajib Selepas Haid


Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala”

Bila Perlu Mandi Wajib

Anda wajib mandi wajib jika anda melakukan salah satu perkara di bawah :
  1. Ejakulasi (keluar air mani)
  2. Bersetubuh
  3. Selepas haid / nifas
  4. Apabila orang kafir masuk Islam
  5. Kematian


Cara Mandi Wajib

Berikut adalah ringkasan mandi wajib yang betul rujukan daripada JAKIM.
  1. Niat bila air sampai ke badan.
  2. Membaca “Bismillah”.
  3. Basuh tangan tiga kali.
  4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.
  5. Bersihkan tangan kiri dengan sabun
  6. Ambil wuduk seperti yang biasa dilakukan sebelum solat, atau boleh tangguhkan membasuh kaki selepas selesai mandi.
  7. Basuh kepala dengan mengusap rambut secara rata dan siram kepala 3 kali dengan air. Bagi perempuan yang mandi haid atau mandi junub, hendaklah ditanggalkan ikatan rambut.
  8. Mulakan dengan bahagian kanan badan.
  9. Sapukan air ke seluruh badan.
  10. Berwuduk jika ingin menunaikan solat fardhu.


Video Cara Mudah Mandi Wajib

Anda juga boleh menonton video Ustaz Azhar Idrus tentang mandi wajib yang betul bagi lelaki dan perempuan.

Post a Comment

0 Comments