Semalam suami suruh buat cucur manis viral. Maka jadi lah si bulat ni hehe.. Bancuhan yang Zati buat ni dapat dalam 30 biji. Zati buat bulat-bulat besar fish ball yang putih besar tu yang selalu makan dengan mee kari tuh.. Haa toksah cite panjang.. Mungkin ada yang dah tahu resepi ni. Tapi takpe Zati tengah rajin ni..Nanti kalau rajin ni dok tepi susah pulak hehehe..Meh zati share resepi yang paling mudah abad ni haha..


BAHAN-BAHAN

2 cawan tepung gandum (zati guna cawan tea tarik gelas besar mcm kt kedai mamak tuh)

2 cawan air(guna je cawan yg sukat tepung tu)

3 sudu gula

1 sudu minyak

CARA-CARA

1) Campur air , gula , minyak dalam periuk dan korang masak atas api bagi sampai mendidih. Ingat tau sampai mendidih ye.

2) Dah tu korang tutup api dan tuang pelan-pelan dalam tepung tuh. Jangan laju-laju nanti terkena tangan pulak.

3) Korang kacau bagi sebati ye.

4) Tunggu sejuk sikit. Lepastu korang buat lah bulat-bulat. Ikut suka nak besar mana.

5) Dah siap membulat, panaskan minyak dan goreng. Bagi warna dah perang-perang angkat le.

Senang je buat cucur manis viral ni, atau dulu-dulu orang panggil cucur bom manis. Rangup kat luar gebu kat dalam..

Selamat Mencuba !


0 Comments