Manjakani.. Mesti ramai yang pernah dengar Manjakani kan? Tapi apa tu Manjakani??
Definisi Manjakani : Manjakani merupakan jenis pohon kecil yang tumbuh di kawasan Yunani dan Asia Kecil, dengan tinggi mencapai 4 hingga 6 kaki. Sementara itu, manjakani dapat digunakan sebagai pengental rebusan maupun campuran sereal untuk membuat roti.
Dalam perubatan tradisional di India, manjakani digunakan dalam bentuk serbuk sebagai ubat untuk sakit gigi dan peradangan gusi. Secara farmakologi, manjakani memiliki zat antidiabetis, antitremorin, anastesi lokal,anti virus,anti bakteria, anti jamur, larvasida, dan anti inflamasi.
Hmm paham ke hehe.. Takpe kalau tak paham , sebab zati pon blur haha.. Tapi rasanya ramai yang dah tahu khasiat manjakani ni kan? Terutama untuk wanita-wanita yang dah berkahwin..
Manjakani telah digunakan dalam perubatan tradisi sejak berzaman-zaman. Ia adalah herba yang amat banyak digunakan untuk kesihatan wanita. Ia diambil oleh ibu-ibu yang baru lepas melahirkan untuk mengembalikan bentuk badan, kesejahteraan rahim dan saluran peranakan. Ia juga dikatakan mampu mengembalikan kehebatan seorang wanita seperti anak gadis. Manjakani juga banyak digunakan untuk merawat sakit gigi, cirit-birit, sakit perut dan buasir.
Manjakani atau dikenali juga dengan nama majuphal (dalam perubatan tradisi india), Mazu, Turkish gall di timur tengah dan pelbagai nama lain lagi biasanya diperoleh dari pokok Aleppo oak (Quercus infectoria).
TAHUKAH ANDA SEBENARNYA MANJAKANI BUKANLAH SEJENIS BUAH?
Manjakani terhasil apabila sejenis serangga penyengat ‘gall wasp’ menyuntik larvanya ke batang lembut tumbuhan Quercus infectoria. Tindak balas dari tumbuhan menghasilkan bengkakan seperti tumor yang berisi nutrisi dan juga memberikan perlindungan untuk pertumbuhan larva. Apabila bahagian bengkakan (gall) ini kering dan mengeras, ia dipanggil manjakani!
BENARKAH PENGAMBILAN MANJAKANI MENGECUTKAN RAHIM DAN MENGURUSKAN BADAN?
Sebenarnya, manjakani kaya dengan asid gallic dan terbitannya (contohnya gallotannic acid). Tiada kajian terperinci yang benar-benar sahih secara saintifik menunjukkan manjakani mampu menguruskan badan dan membantu pengecutan rahim.
Namun, kandungan asid gallic dalam manjakani mungkin sedikit memberi kesan kerana asid gallic dikenali sebagai perencat enzim carbonic anhydrase yang lemah. Perencatan enzim ini menyebabkan aktiviti diuresis berlaku dan mengurangi penyerapan kembali air kedalam tubuh di buah pinggang. Jadi pembuangan air ini mungkin nampak seperti ibu-ibu mengalami penyusutan berat badan.
BENARKAH PENGGUNAAN MANJAKANI BOLEH MERAWAT DAN MENGELAKKAN KEPUTIHAN?
Ada pengguna yang memasukkan terus serbuk atau pil manjakani kebahagian sulit. Ada juga penjual-penjual produk yang menyarankan untuk memasukkan produk manjakani mereka kedalam faraj untuk rawatan keputihan dan rawatan mengetatkan dan mengencangkan vagina.
Manjakani (dan ekstrak manjakani) telah dilaporkan mempunyai aktiviti antibakteria. Menariknya, manjakani juga dilaporkan mempunyai aktiviti fungistatik terhadap yis candida (yang banyak menyebabkan jangkitan dan ‘keputihan’.
Kandungan asid gallic yang merencat aktiviti enzim carbonic anhydrase juga membuat tisu bahagian sulit kering. Jadi tiadalah lelehan keputihan.
Sebenarnya, lelehan faraj (vaginal discharge) adalah normal pada wanita. Ia terdiri dari lendiran mukosa, sel dan bakteria baik yang melembapkan kawasan faraj dan melindunginya dari jangkitan.
Lendiran ini berubah konsistensi dari cair ke likat (ketika ovulasi) bergantung pada hormon dan kitar haid seseorang wanita tersebut . Hanya apabila warnanya berubah dan berbau, ia memberi petanda anda dijangkiti fungus ataupun bakteria.
Kawasan faraj juga dilindungi oleh bakteria baik yang biasa hidup dalam pH normal di kawasan tersebut. Apabila kita memasukkan sesuatu yang asing dan tidak ‘hygenic’ kedalam faraj, ia akan mengganggu persekitaran normal faraj. Ini mendedahkan kita pada jangkitan!
BENARKAH PENGGUNAAN MANJAKANI MENGEMBALIKAN DAN MENGETATKAN VAGINA?
Ini adalah kegunaan manjakani yang paling unggul dan paling banyak digembar-gemburkan. Ia juga adalah ‘selling point’ utama bagi banyak produk-produk manjakani di pasaran. Manjakani telah dilaporkan mempunyai aktiviti untuk mempercepatkan pembaikan luka. Namun, ia tidak pernah diuji pada manusia.
Kandungan asid gallic dalam manjakani seperti yang dibincangkan di atas mungkin menyebabkan kawasan faraj kering dan terasa ‘ketat’. Kandungan tannin yang tinggi (50 – 70%) dalam manjakani sebenarnya bersifat astringent. Tannin adalah biomolekul polyphenolic yang mampu menyebabkan tisu otot mengecut (seperti keadaan memakan buah-buahan yang belum masak dan masam, kecut otot mulut dibuatnya!).
Keadaan pengecutan ini adalah sementara dan tidak berpanjangan.
Penggunaan suppository manjakani yang kerap mungkin akan menyebabkan faraj mengalami kekeringan dan merosakkan lapisan mukosa yang melindungi faraj. Ini pasti akan menyebabkan iritasi dan memudahkan pelbagai jangkitan.
Berhati-hati mengambil apa jua produk, walaupun persediaan herba. Banyak produk dipasaran yang terdapat adulterasi dengan penambahan steroid dan bahan-bahan terlarang. Semaklah dahulu menggunakan senarai semakan di laman web NPRA.
Jika mahu menggunakan herba manjakani yang asli, gunakanlah secara berpada-pada.
RUJUKAN
Shrestha S, Kaushik VS, Eshwarappa RSB, Subaramaihha SR, Ramanna LM, Lakkappa DB. Pharmacognostic studies of insect gall of Quercus infectoria Olivier (Fagaceae). Asian Pacific Journal of Tropical Biomedicine. 2014;4(1):35-39. doi:10.1016/S2221-1691(14)60205-7.
Baharuddin NS, Abdullah H, Abdul Wahab WNAW. Anti-Candida activity of Quercus infectoria gall extracts against Candida species. Journal of Pharmacy & Bioallied Sciences. 2015;7(1):15-20. doi:10.4103/0975-7406.148742.
Jamal JA, Ghafar ZA, Husain K. Medicinal plants used for postnatal care in Malay traditional medicine in the Peninsular Malaysia. Pharmacognosy Journal. 2011 Aug 1;3(24):15-24.
Choudhary GP. Evaluation of wound healing activity of galls of Quercus infectoria. Asian Journal of Chemistry. 2007 May 20;19(4):3271.
Wan NA, Masrah M, Hasmah A, Noor IN. In vitro antibacterial activity of Quercus infectoria gall extracts against multidrug resistant bacteria. Tropical Biomedicine. 2014 Dec;31(4):680-8.
dos Santos Grasel F, Ferrão MF, Wolf CR. Development of methodology for identification the nature of the polyphenolic extracts by FTIR associated with multivariate analysis. Spectrochimica Acta Part A: Molecular and Biomolecular Spectroscopy. 2016 Jan 15;153:94-101.
Okay ni adalah pandangan dari segi sains.. Nak baca lebih lanjut lagi tentang khasiat manjakani?
>> KHASIAT MANJAKANI <<
0 Comments
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!