Assalamualaikum readers..
Baca tajuk pon tetiba mengantuk kan? hehehe Zati sendiri pon kadang-kadang satu hari rasa lesu dan ngantuk yang terlampau. Nak kata tak cukup tidur , lebih dari 8 jam tidur nya. Yang hairan tu bila tak cukup tidur elok pulak satu hari tak mengantuk! Hmm siapa ada masalah sama dengan Zati. Jum kita kenali punca dan cara mengatasi nya
- Tidur yang tidak mencukupi
Masa tidur yang normal dan cukup untuk orang dewasa adalah dari 6-8 jam. Ini adalah bagi memastikan tubuh segar dan lebih bertenaga apabila di siang hari. Sekitar jam 12 tengah malam hingga 3 pagi juga adalah masa untuk badan mengeluarkan toksin.
Oleh itu tidur awal dan bangun awal.
- Tidur Apnea (Sleep Apnea)
Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas.
Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.Biasanya dihidapi orang yang obese.
Turunkan berat badan anda dan jangan merokok. Kedua-dua ini berpotensi anda mendapat apnea.
- Tidak cukup tenaga
Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.
Mesti, mesti dan mesti sarapan pagi!
Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Supaya tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga juga.
- Kurang darah merah (anemia)/ Kurang Oksigen
Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia.
Pergi berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom tersebut.
Sekiranya disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan iron supplement di klinik-klinik atau makan-makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah, dan juga kekacang.
- Tekanan Emosi
Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin melihat sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal juga. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat tekanan emosi.
Lakukan perkara-perkara yang mengurangkan stress seperti bersukan, bermunajat kepada tuhan atau bermeditasi. Jika tidak berkesan sebaiknya anda mendapat nasihat psikiatri. Psikiatri bukan hanya untuk orang yang bermasalah mental ya. Jika anda mempunyai masalah emosi yang tidak mampu ditanggung anda harus berjumpa dengan pakar psikiatri. Mereka mungkin akan memberikan ubat sebagai satu cara untuk mengubat masalah tersebut.
- Terlalu banyak kafein
Kafein membantu anda segar, dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah.
Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dah menyebabkan anda bertambah lemah.
- Gangguan Tidur Kerja Syif
Bekerja malam atau syif-syif bergilir boleh mengganggu jam dalaman anda. Anda boleh merasa serik apabila anda memerlukan untuk menjadi berjaga. Dan anda mungkin telah menyusahkan tidur semasa hari.
Menghadkan pendedahan anda untuk siang apabila anda perlu untuk berehat. Buat bilik anda gelap, senyap, dan dingin. Masih mempunyai masalah tidur? Bertemu dengan doktor anda. Makanan tambahan dan ubat-ubatan mungkin membantu.
- Alahan-alahan Makanan
Beberapa doktor percaya alahan-alahan makanan tersembunyi boleh membuat anda mengantuk. Jika keletihan anda berlaku selepas makan, anda mungkin alah kepada sesuatu yang anda makan - tidak cukup juga menyebabkan gatal-gatal, hanya cukup membuat anda letih.
- Makan Banyak Pada Waktu Malam
Masa makan yang sebaiknya adalah satu jam sebelum tidur dan sebaiknya makan sebelum jam 8 malam dan kurangkan kuntiti makanan yang dimakan. Sekiranya seseorang itu makan di atas jam 8 dan terus tidur, sesungguhnya anda telah mematikan FUNGSI INSULIN yang menyebabkan kadar gula darah menjadi naik atau turun.
Kesannya, kita akan mudah terbangun di malam hari dan sukar tertidur lagi. Padahal, sepatutnya makan banyak boleh membuatkan kita merasa mengantuk. Oleh kerana gangguan insulin yang menyertainya membuat kita sukar tidur lena.
- Makan Berlebihan
Kalori berfungsi untuk memberi tenaga apabila kita bekerja tetapi kenapa setelah makan banyak kita malah menjadi mengantuk? Jawapannya ada pada makanan yang kita makan. Mengambil karbohidrat, makanan berlemak, dan makanan yang mengandungi gula yang tinggi secara berlebihan menyebabkan kita cepat mengantuk.
Hal ini disebabkan makanan yang mengandung lemak, gula, dan karbohidrat merupakan makanan yang paling banyak memberikan perubahan hormon dalam tubuh. Ini kerana, ketiga-tiga makanan tersebut dapat menyebabkan tindakbalas saraf dengan cepat apabila makanan mencapai usus halus. Tindakbalas tersebut akan diterima saraf parasimpatis yang kemudian akan memberikan maklumat kepada tubuh untuk memperlambatkan gerak tubuh dan lebih fokus dalam mencerna makanan.
- Mengambil Terlalu Banyak Makanan Manis
Kalau tak ambik makanan atau minuman manis sehari tak sah kan. Akan tetapi tahukah kita bahawa setelah makan atau mengambil banyak makanan manis, kita akan lebih terdedah kepada rasa mengantuk.
Semua itu ada kaitan dengan hormon insulin. Hormon insulin yang akan ikut meningkat selepas mengambil berlebihan glukosa tersebut akan mempengaruhi pengeluaran hormone serotonin dan melatonin yang sangat berkaitan dengan pencetus rasa mengantuk dan kebahagiaan.
- Dehidrasi
Mudah lemah mungkin disebabkan anda kurang minum air. Sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.
Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekiranya anda ke gym, minum air setiap kali anda melakukan senaman. Apabila rasa dahaga sahaja, terus minum seteguk dua. Apabila anda minum banyak air, air kencing anda akan kelihatan lebih jernih dan terang.
Kesimpulannya , kita kena jaga pemakanan atau diet seimbang , selalu bersenam atau lakukan aktiviti ringan contoh cuci kereta, kemas rumah dan aktiviti yang keluarkan peluh. Air kosong memang wajib minum banyak sebab untuk sistem dalaman badan .
Macam Zati kemana je pergi mesti bawak air botol besar gedabak tu hehehe..Memang dah habit macam tu. Maklumlah #teambotolair .
*Tu je Zati nak share. Ni pon dah mengantuk.Hmm kena kemas rumah ni bagi keluar peluh! ^^
0 Comments
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!