RESEPI : Pulut Inti Manis
Bahan-bahan diperlukan:
- 1 cawan beras pulut (Direndam 3-4 jam dan tuskan)
- 1 cawan santan pekat
- ½ cawan air
- 2 sudu makan gula merah
- ½ cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan (Disimpulkan)
- 1 cawan kelapa parut muda
(Diambil putih sahaja)
- 2 sudu makan tepung gandum
- Sedikit garam
- Daun pisang secukupnya
Cara menyediakan dan memasak:
- Layurkan daun pisang dan potong mengikut keperluan. Lapkan.
- Masukkan beras pulut, santan dan sedikit garam ke dalam loyang. Kacau rata.
- Masukkan loyang ke dalam periuk kukusan dan kukuskan sehingga naik wap.
- Masakkan air, gula merah, gula pasir dan daun pandan sehingga mendidih.
- Tapiskan ke dalam kuali dan masukkan kelapa parut.
- Masakkan selama 6-8 minit ataupun sehingga masak dan agak garing
bahagian bawahnya.
- Untuk menggaringkan bahagian atas, masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan suhu 180ºC api atas selama 20 minit.
- Sejukkan dan hidangkan
2 Comments
hi singgah
ReplyDeletesuka mkn ni.. hehe
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!