Dunia semakin moden, rata-rata wanita masa kini lebih gemar untuk memilih jalan pintas bagi menyerlahkan kecantikan diri. Kolagen, stemcell, vitamin, serum, dan variasi jenis pil lain sering menjadi topik perbualan hangat kala berkumpul bersama teman-teman sebaya. Masing-masing pulun mengumpul wang, sanggup mengikat perut semata-mata untuk mendapatkan produk kesihatan yang mahal harganya. Ya, itu belum dikira tentang kesan sampingan yang mungkin berbahaya ke atas tubuh wanita.
Mungkin selama ini anda tidak pernah berfikir panjang dalam mengecapi kecantikan yang abadi, tetapi di sini, Wanista ingin menggalakkan supaya anda mengamalkan petua orang dulu-dulu yang sering meminum jus herba buatan sendiri bagi mengekalkan kecantikan dalaman serta luaran. Ianya lebih selamat, bahkan turut menjanjikan hasil keberkesanan berbaloi!
1. Jus Kunyit ( Untuk Kecutkan Rahim )
Bahan
2 ketul kunyit
1/2 ketul halia
2 batang serai
1/2 ketul lengkuas
1/2 ketul temukunci
Garam
1 liter air putih
Cara
1. Kisar semua bahan sehingga hancur.
2. Masak bahan yang dikisar bersama air putih selama 40 minit hingga 1 jam.
3. Amalkan segelas (gelas kecil) setiap hari
Khasiat: Jus ini sesuai diamalkan oleh ibu yang baru melahirkan kerana ia bisa membantu mengecutkan rahim di samping menggalakkan penghasilan susu badan.
2. Jus Halia ( Untuk Buang Angin )
Bahan
2 ketul halia (dihiris)
2 uncang teh asli
Gula perang secukup rasa
Air putih
Cara
1. Rendam uncang teh dalam jag yang berisi air panas sehingga kembang.
2. Masukkan halia serta gula perang. Kacau sebati supaya semua ramuan mesra.
3. Amalkan minuman ini dua gelas (gelas kecil) sehari.
Khasiat: Jus halia berupaya membuang angin dalam badan, bantu mengurangkan tekanan serta menjadikan anda lebih tenang.
3. Jus Kurma ( Untuk Beri Tenaga )
Bahan
5 biji kurma pilihan
Segelas susu segar
1 sudu besar madu
Cara
1. Kisar semua bahan ini sehingga campuran kurma hancur. *Campurkan sedikit kekacang jika mahu tekstur rangup yang boleh dikunyah
2. Minum sehari sekali dan ia akan lebih berkesan jika anda amalkan kala perut sedang kosong. *sebelum sarapan.
Khasiat: Menjadikan tubuh lebih cergas, melembapkan kulit serta dapat menaikkan seri di wajah, di samping memperbanyakkan susu badan si ibu yang baru melahirkan.
4. Jus Delima ( Untuk Mengurangkan Kolestrol )
Bahan
1/2 sudu teh jus delima
1 sudu besar madu
1 gelas air suam
Cara
1. kacau semua bahan ini di dalam gelas sehingga sebati. Amalkan sehari sekali.
Khasiat: Delima diakui sangat baik untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kolestrol dan lemak juga dapat dikurangkan secara perlahan, malah berfungsi membekalkan vitamin yang bantu memperbaiki kondisi kulit supaya lebih berseri dan cerah.
5. Jus Herba Campuran ( Untuk Memulihkan Bahagian Intim )
Bahan
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
7 biji lada hitam (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 inci ibu kunyit (ditumbuk)
1 sudu besar madu
1 biji telur ayam kampung
Cara
1. Pecahkan telur dalam cawan
2. Masukkan bahan yang ditumbuk diikuti dengan telur.
3. Selepas itu, masukkan pula madu dan kacau sehingga mesra.
4. Amalkan minuman ini segelas sehari selama tiga (3) hari berturut-turut terutamanya ibu yang baru melahirkan.
Khasiat: Memanaskan badan, menyumbang tenaga optimum dan memulihkan kecantikan serta kesihatan dalaman wanita.
SELAMAT MENCUBA !
Kredit : Wanista
5 Comments
wahhh.. nice sharing sis.. memang aida pun nak cuba traditional way.. thank you sis! ^^
ReplyDeleteSemua febret wife ejulz.. ejulz je x pandai minum.. hehe
ReplyDeletesemua tak sanggup nak cuba. Tengok pun dah kembang tekak
ReplyDeletethanks for sharing sis :D
ReplyDeletehttps://jajastollymolly.blogspot.my/
belum try lagi jus herba campuran tu. boleh cuba lepas ni
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!