Cara untuk mendapatkan kesan positif dalam pertemuan pertama dengan bakal mertua
Seperti yang sudah kita tahu bahawa perkahwinan adalah sesuatu yang indah. Malah dalam Al-Quran sendiri, Allah SWT telah 10 kali menyebut tentang perkahwinan – menunjukkan betapa pentingnya perkara ini. Namun sebelum mendirikan sesebuah masjid, perlu ada cara dan langkah yang tertib demi menjamin kebahagiaan yang berkekalan, dan juga sebagai memohon restu daripada keluarga mentua agar mendapat keizinan mereka dalam menjalin kemesraan antara dua pihak.
Jadi bagi mereka yang bakal bertemu dengan mertua mereka, ikuti 10 tip di bawah bagi membantu anda menghadapi bakal mertua untuk kali yang pertama.
1. Selitkan pujian
Jangan lupa untuk selitkan pujian saat bergurau. Seperti memberi pujian terhadap makanan yang dihidangkan. Tentunya calon mertua akan merasa gembira kerana itu menunjukkan bahawa anda mengambil peduli dan menghormatinya.
2. Tunjukkan minat
Jangan takut untuk bertanya tentang kehidupan mereka, tetapi jangan menyentuh isu peribadi. Ini akan menunjukkan bahawa anda benar-benar berminat dengan keluarga mertua anda dan juga anda akan lebih memahami calon keluarga.
3. Jangan segan untuk mendekatkan diri
Jangan ragu untuk turut serta dalam kegiatan keluarganya. Ini akan menunjukkan bahawa anda bukan sahaja berminat dengan pasangan anda, tetapi juga berminat untuk memasuki keluarganya. Ia juga akan menunjukkan bahawa anda bukan seorang yang sombong.
4. Hormati tempat tinggalnya
Jaga tingkah laku anda selama anda berada bersama mereka, dan jika terdapat, ikuti peraturan yang diikuti keluarga tersebut. Kekalkan bersikap sebagai tetamu yang menghormati tuan rumahnya.
5. Berpakaian sopan
Berpakaian sopan bukanlah hanya untuk mendapatkan kerja yang anda ingini ketika temu ramah kerja, berpakaian sopan juga adalah penting ketika anda ingin berjumpa dengan mertua anda. Hindari memakai mini dress atau pakaian yang menonjolkan bahagian atas badan.
6. Kekalkan perbualan baik
Tidak kira apa sahaja topik sama ada asal-usul ataupun apa sahaja yang selama ini telah diceritakan oleh pasangan anda, tetapi usahakan untuk mengekalkan perbualan yang sesuai dengan keluarga pasangan. Ini waktu yang sesuai untuk menunjukkan siapa diri anda.
7. Bawa buah tangan
Buah tangan dalam konteks ini tidaklah semestinya berupa barang yang mahal, sekadar kuih atau puding yang anda buat sendiri sudah cukup untuk membuat seisi rumah merasa dihargai. Tujuan buah tangan hanyalah untuk menunjukkan bahawa anda mengambil berat.
8. Bertanya sedikit tentang keluarga mereka dahulu
Sebelum berjumpa, jangan lupa untuk bertanya kepada si dia mengenai keluarganya. Sekiranya sudah tahu sedikit, akan lebih mudah untuk mencari topik perbualan dan mudah untuk mendekati mereka.
9. Jangan terlalu fokus
Jangan sampai terlalu fokus untuk mendekati bakal mertua sehingga anda melupakan kekasih anda. Anda tetap perlu untu berbual dan memperhatikannya sehingga keluarganya mampu melihat mengapa dia jatuh cinta dengan anda.
10. Ikhlas
Tidak salah bila merasa gugup dan berusaha untuk memuaskan hati bakal mertua tetapi jangan sampai usaha anda tersebut membuat anda menjadi orang lain. Kekallah menjadi diri sendiri, dengan tetap memperhatikan etika dan norma yang ada.
1 Comments
kalau suka tu buat apa pun suka tapi kalau tak suka buat apa pun tak suka
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!