Petua Dan Cara Tradisional Untuk Pulihkan Lemah Tenaga Batin​

Advertisement

Petua Dan Cara Tradisional Untuk Pulihkan Lemah Tenaga Batin​



Assalamualaikum

Zati nak share petua untuk lemah tenaga batin.

1. Bawang Merah – Kupas bawang merah dan basuh bersih. Amalkan memakannya mentah-mentah sehingga terdapat perubahan.

2. Pinang – Biji pinang yang telah masak (kulit berwarna perang) direbus dengan segelas air. Setelah air rebusan kelihatan pekat, angkat dan tapiskan. Minumlah air rebusan itu 3 jam sebelum ingin melakukan persetubuhan dengan isteri anda.

3. Durian – Perah buah durian hingga mengeluarkan air dan amalkan meminumnya.

4. Bachang – Ambil daun muda atau pucuk bachang dan direbus dengan segelas air sehingga mendidih. Tapis air rebusan dan campurkan dengan satu sudu besar madu lebah. Kacau rata dan minumlah ketika ia masih panas.

5. Beras – Basuh beras sebanyak tiga kali, basuhan terakhir itu hendaklah menggunakan air masak. Air basuhan terakhir itu diambil dan jadikan sebagai minuman, segelas sekali minum. Amalkannya 3 kali sehari.

6. Buah Kantan – Ambil buah kantan dan rebus hingga mendidih. Tapiskan air rebusan apabila telah sejuk dan minum. Amalkan selalu.

7. Balung Ayam Ungu – Ambil biji balung ayam ungu dan campurkan dengan sedikit gula dan segelas air susu. Kacau rata dan minum.

8. Som Jawa – Basuh bersih 5 gram akar Som jawa dan masukkan ke dalam 3/4 cawan air panas. Tutup cawan tersebut untun beberapa minit, tapis dan minum ketika ia masih panas.

9. Jerangau – Rebus rizom jerangau dengan tiga gelas air dan biarkan hingga mendidih dan menjadi satu gelas. Tapis dan minum ketika ia masih panas.

10. Tongkat Ali – Akar tongkat ali direbus dengan tiga gelas air dan biarkan ia mendidh sehingga airnya tinggal segelas. Tapis dan minum apabila telah sejuk. Akar tongkat ali dikeringkan. Kemudian, rebus dengan 3 gelas air dan biarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas. Baki yang tinggal hendaklah ditapis dan minum apabila telah sejuk. Lakukan petua ini secara teratur.

11. Nampu – Ambil 100 gram akar nampu segar dan parut. Campurkan dengan 1 gram garam dan 10 gram kelapa parut. Gaul rata dan kukus untuk 20 minit untuk dimakan.

12. Lalang – Ambil akar lalang, batang beluru dan rebung buluh gading. Potong kecil kesemua bahan tersebut. Setelah dibasuh sebersih-bersihnya, rebus dengan tiga gelas air dan biarkan mendidih sehingga airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis dan minum. Amalkan selalu.

13. Senduduk Putih – Basuh bunga senduduk putih sebersih-bersihnya dan makan mentah sebagai ulam.

14. Seroja Air Putih – Ambil 7gm akar kering Seroja air putih dan rebus dengan 3 gelas air. Biarkan mendidih sehingga menjadi 2 gelas air sahaja. Setelah sejuk, tapis dan minum 2 kali sehari, segelas sekali minum.

15. Belimbing Bukit – Ubi belimbing bukit dikeringkan dan direbus dengan 3 gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal separuh. Tapis dan minum apabila telah sejuk.

Post a Comment

0 Comments