
Assalamualaikum
Hari ni Zati nak bagi petua macam mana nak halau lalat yang dok terbang kat rumah kita terutama kat dapur. Serius rimas!
Pilihan 1
- Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat² yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.
Pilihan 2
- Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.
Pilihan 3
- Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat² yang berada di meja makan anda.
Pilihan 4
- Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak atau tempat² lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan.
Pilihan 5
- Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.
5 Comments
tq for sharing zati! sangat berguna
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian
ReplyDeletekalau ada lalat nanti boleh cuba guna petua nih
selalunya bukak pelekat lalat tu je :P
ReplyDeletepaling sakit hati masa nak makan dia kacau. hehe
ReplyDeleteterkejut aida dgn lalat zetty tu berterbangan.
ReplyDeleterumah aida ni ada masalah ni tau.
geram!
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!