Sebelum tu zati nak tanya, siapa tidur berdengkur? Hahaha mengaku je lah.. Zati kadang-kadang je dengkur , kalau terlampau letih sangat seharian buat kerja, hah malam tidur memang berdengkur lah jawap nya. Tapi husband zati hari-hari dengkur hehe. Elok juga sebenarnya dengkur ni. Sebab kita tahu sama ada husband atau wife ada kat sebelah lagi hehe.
Memang lah kadang tu tak boleh nak tidur sebab terlampau extreme sangat dengkur nya. Okay , untuk korang yang ingin cuba mengatasi masalah dengkur tu cuba petua kat bawah ni, manalah tahu kot berkesan.
😴 PETUA mengurangkan atau menghilangkan dengkuran
1. Tumbuk lumat 7 biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minum beberapa minit sebelum tidur.
2. Sediakan 2 ruas kunyit hidup . Kupas kulitnya , bersihkan dan hiris halus . Kemudian masukkan hirisan kunyit itu ke dalam segelas air suam. Tambahkan dengan 2 sudu madu dan kacau hingga sebati . Amalkan minum setiap kali sebelum tidur .
3. Gunakan pelekat hidung yang ada dijual kat farmasi. jauhi ubat tidur, rokok & alkohol sebab ia boleh meyempitkan lagi saluran pernafasan dan menyebakan dengkur.
4. Biasakan tidur mengiring dan elak daripada terlentang . cara tidur begini dapat menjauhkan lidah dari tekak & bagi ruang yang lebih luas di bahagian tekak untuk brnafas.
5. Tinggikan kedudukan kepala dengan bantal ketika tidur utk beri ruang lebih besar di saluran pernafasan. dan tetapkan jadual tidur serta bangun pada waktu yang tetap setiap hari. ini supaya dapat menetapkan kadar pernafasan dan mengurangkan dengkuran.
4 Comments
might need this in the future. not for me but a loved one
ReplyDeleteGood info.. Berguna kepada mereka yang memerlukan..
ReplyDeleteSebelum ni LZ pernah baca petua no. 1 sahaja tak sangka pula banyak petua lain untuk elak dengkur..
tidur mengiring memang nyenyak tapi sakit bahu esoknya :(
ReplyDeleteterbaek tips ni :)
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!