Memandangkan dah agak lama blog ni tak berupdate, zati nak share kan resepi satay yang sekarang ni zati niaga. Resepi ni dari mak mertua. So zati halalkan kalau korang nak guna resepi ni untuk menambah pendapatan korang atau sebagai nya. Doakan zati murah rezeki ye.
Gambar Google |
Zati niaga 3 jenis satay . Ayam , Lembu , Kambing. Jom baca resepi kat bawah ni :
Bahan - Bahan :
Ayam / Daging / Kambing ( untuk niaga zati guna ayam bahagian peha macam chicken chop tu. daging pula batang pinang , kambing bahagian shoulder. Terpulang pada masing2.Kalau ikut yang zati pakai ni agak mahal sikit , tapi customer puas hati ) - dipotong menyerong. Saiz dan ketebalan agak-agak sendiri.
# Serai - hiris nipis
# Bawang merah - dibelah empat
# Bawang putih
# Lengkuas - hiris nipis
# Halia - hiris nipis
Yang bertanda # semua dikisar . Tapis air dan hampas nya. Jangan perah hampas tu terlalu kering . Asing kan air dan hampas tadi. Zati selalu tekan-tekan dengan sudu je.
Serbuk kunyit - agak-agak ada warna kuning
Serbuk ketumbar - 1 sudu makan sahaja
Garam - secukup rasa
Gula
Lidi satay
Getah untuk ikat
Cara - Cara :
1. Sebelum ayam dipotong , celur dulu sekejap dalam air panas. (Ini kalau guna ayam bahagian peha macam zati.Selalu peniaga satay guna bahagian dada.Kalau guna bahagian dada tak payah celur)
2. Selepas proses mencelur , potong ayam tu menyerong. Agak-agak lah tebal dan saiz dia.
3. Dah selesai potong , masuk kan awas-awas ( bahan blender tadi ). Jangan masuk air dia pulak! Masuk hampas yang dah di perah tadi.
4. Masukkan garam , serbuk kumyit, serbuk ketumbar. Kemudian gaul sebati.
5. Akhir sekali masukkan gula , kemudian gaul sebati.
6. Biarkan selama beberapa minit atau dalam setengah jam supaya gula tu hancur. Atau kalau dah nampak berair ,boleh lah start cucuk.
Contoh dan siap perap |
Boleh lah start mencucuk satay bila gula dah hancur. Untuk yang dah siao cucuk pulak, zati akan ikat kan satay-satay tersebut sebanyak 50cucuk seikat.Senang kira kalau kita ikat macam ni.
Contoh dah siap ikat |
Untuk kuah kacang pula , korang boleh tengok sini --> Resepi : Kuah Kacang / Kuah Satay
4 Comments
ray dah lama tau x makan satay. terliur ni
ReplyDeletehehe sorry buat ray terliur. meh dtg ipoh meh zati belanja ^^
Deletefebret ejulz sate ni.. tapi harga makin naik.. hehe
ReplyDeletetq zetty for sharing.
ReplyDeleteaida copy resepi yg. kalau nanti aida buat, aida bagi credit.
pernah beraya rumah kawan. 1-2 thn lepas.
satay nyer sedap. mak dia buat sendiri. tapi tu la, dia x share resepi.
dia x menjual satay, zetty. tapi dia kata, "resepi keluarga, x boleh share"
gitu la plak.
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!