Terapi Diri Dengan Shopping!

Advertisement

Terapi Diri Dengan Shopping!


Assalamualaikum

Shopping! Siapa yang tak suka shopping kan? Semua orang suka. Sebab shopping ni dah jadi satu rutin, hobi atau tabiat seseorang. Kadang-kadang ada juga yang bershopping sebab nak self-reward bila kita dah penat lelah bekerja kumpul duit dan time shopping ni lah kita dapat puaskan hati kita , betul tak ?

Berbalik pada kisah zati hari ni, takde lah shopping sakan sangat. Sekadar lepaskan niat je. Zati memang dah selalu tengok kat facebook , banyak seller online jual baju-baju bayi. Contohnya macam bonds , rompers , sleepsuits dan banyak lagi. Jenis zati pula, memang berkenan kalau budak-budak pakai bonds dan rompers semua tu! 

Zati pon jelajah lah facebook tu untuk cari yang jual baju-baju tu dan yang boleh cod atau  self pickup. Tengok punya tengok ada lah satu seller ni jual bundle baby. Kebetulan pula, dia buat sale yang dijual secara KILO!!

Serius, memang murah sangat! Mungkin rezeki kot kan. So zati pon deal dengan seller dan zati sendiri pergi ambil baju-baju tu semua. Zati beli untuk anak asuhan zati tu, maklumlah untuk anak sendiri belum masanya lagi.

Baju-baju yang zati beli tu
Tu lah baju-baju yang zati beli tadi. Serius memang cantik kain dia. Lembut je dan masih cantik walaupun bundle. Agak-agak korang berapa harga semua baju tu? Semua sekali ada 25 helai. Harganya RM30 je. Murah kan? Lepas lah niat zati nak belikan baju untuk anak asuhan zati tu, walaupun tak mahal mana.

Balik je rumah zati terus rendam baju-baju ni dengan sabun dan air panas. Besok baru basuh ( masuk dalam mesin je ). Tak sabar nak tengok anak asuhan zati tu pakai hehe.

Post a Comment

6 Comments

  1. cantik2 baju baby ni :)

    ReplyDelete
  2. 3o hengget dapat 25 helai, memang murah sangat :D

    ReplyDelete
  3. murah sangat! kalau sha pun dah beli ni haha

    ReplyDelete
  4. Sukanyaaaa barang barang baby tapi tk boleh shopping lagi, kahwin pun belum hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!