REVIEW : Drama Tonton - Mata Ketiga

Advertisement

REVIEW : Drama Tonton - Mata Ketiga


MATA KETIGA | sebuah naskhah yang diadaptasi daripada novel, berkisar tentang lima sekawan: Faizul, lakonan Hafeez MikailKhalid (Mustaqim Bahadon),  Farah (Isyariana)Rafidah (Dayana Roza) dan Budin (Fimie Don) yang menuntut di universiti dalam jurusan yang berbeza. Ada yang ambil jurusan Sains Sukan, ada yang ambil Undang-undang. Walaupun berbeza fakulti, mereka suka lakukan aktiviti bersama-sama. 


Salah seorang daripada mereka, Faizul (watak utama) mempunyai kelebihan melihat makhluk-makluk dari dimensi lain. Kelebihan ini diwarisi daripada moyangnya kerana Faizul merupakan 'anak kedua dari anak kedua' dalam keluarga. Semasa mereka menyertai sebuah perkhemahan, Farah dirasuk oleh penghuni hutan setelah memetik sekuntum bunga.


Rentetan insiden itulah, Faizul mula berinteraksi dengan makhluk-makhluk alam lain menggunakan mata ketiga. Pada masa yang sama, Faizul turut dikacau gangguan-gangguan jahat yang ingin membalas dendam terhadap keluarganya. Out of curiosity, Faizul mengambil keputusan pulang ke kampung. Dia ingin mengetahui lebih lanjut tentang sejarah moyangnya. Di sinilah pelbagai gangguan dan serangan menimpa Faizul dan rakan-rakan.


  • Produksi / Diterbitkan oleh:
    Skop Productions Sdn Bhd
  • Pengarah:
    C. Kumaresan
  • Penerbit Eksekutif:
    Shamin Yusof
  • Penerbit:
    Datuk Yusof Haslam P.J.N
  • Penulis Skrip:
    Zulkifli Ahmad Idrus
  • Pelakon:
    Hafeez Mikail sebagai Faizul
    Mustaqim Bahadon sebagai Khalid
    Isyariana Azmi sebagai Farah
    Dayana Roza sebagai Rafidah
    Fimie Don sebagai Budin
  • Durasi:
    10 episod x 30 minit
Seriously, korang kena try tengok okay! Recommended ! Sebab Zati memang minat genre-genre seram ni. Bagi Zati drama ni memang best.

Korang yang nak tengok drama ni, boleh pergi ke Tonton atau boleh je tengok kat Youtube Tonton

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!