Akhirnya, setelah kian lama dapat juga Zati tukar url blog ni. Url yang dulu nya agak kebudak-budakan gitu! Dulu Zati guna z3tty.blogspot.my , sekarang Zati dah tukarkan kepada izatiesalim.blogspot.com . Tawakal juga lah haritu tukar, sebab memikirkan blog yang sedia ada ni dah lama, post , komen , followers semua dah ada. Yang paling pening , statistik blog dan Adsense.

Zati pun google lah cari tutorial, then jumpa yang satu ni, senang, mudah dan faham. Okay, siapa yang nak tukar tu, Zati share kan tutorial nya ye.

Step 1
Pertama sekali, korang disarankan pilih nama blog yang korang nak tukar. Maksudnya, korang kena cari domain atau nama blog yang masih belum digunakan. Contoh macam Zati , mula-mula Zati nak tukar nama nurizatie.blogspot , tapi dah ada orang guna nama ni. So, tu yang jadi izatiesalim tu.

Cara nak pastikan nama yang korang nak tu belum diguna pakai lagi, korang taip je kat URL BAR korang tu. Contoh : kaklimah.blogspot.com . Lepastu search , kalau tiada lagi orang guna memang luck korang.

Step 2
Untuk blogger yang masih baru, tiada masalah kalau nak tukar url ni , caranya mudah je!

1. Buka Blogger.com - Setting - Basic - Tukar URL - Save Setting - Siap!


2. Untuk blogger yang dah lama , dan tentu lah entri , followers , pageviews semua dah banyak kan? Jangan risau , boleh ikur tutorial ni.

a) Buka dashboard blog yang korang nak tukar tu - Setting - Other - Import & Backup - Klik Backup Content. Tunggu sampai habis download, save file tu.


b) Dah siap download, korang pergi ke Setting - Basic - Change Blog Address (URL Baru) - Save.
Contoh Zati punya : izatiesalim.blogspot.com
Okay, part yang ni kiranya dah selesai untuk tukar domain. Sekarang part untuk dapatkan balik segala isi kandungan blog lama ke blog baru.

c) Klik My Blog - New Blog - Register blog baru, tapi DAFTAR NAMA/URL BLOG LAMA .
Contoh Zati punya : z3tty.blogspot.my
Dah selesai daftar , pergi Setting - Other - Import & Backup - Klik Import Content ( Fail yang korang dah save tadi ) . Tunggu sampai selesai , kemudian Save Setting.

d) Dah siap part c , sekarang ada 2 blog yang berbeza URL tapi sama isi kandungannya. Langkah seterusnya, cara untuk redirect URL daripada blog lama z3tty.blogspot.my ke blog baru izatiesalim.blogspot.com

Step 3
Cara untuk redirect URL lama ke baru , caranya :

1. Pergi pada blog baru ( yang didaftarkan dengan nama blog lama )
2. Template - Edit HTML
3. Copy code bawah ni dan paste dibawah code <head>

<meta content='0;url=http://NEWBLOG.blogspot.com' http-equiv='refresh'/>
<script>
var oldURL = "OLDBLOG.blogspot.com";
var newURL = "NEWBLOG.blogspot.com";
var url = location.href; var newURL = url.replace(document.domain,newURL); window.location = newURL </script>


4. Gantikan OLDBLOG (z3tty.blogspot.my) dengan blog lama korang. NEWBLOG (izatiesalim.blogspot.com) blog baru. Siap!
Sesiapa yang klik URL blog lama korang, akan terus direct ke blog baru.

Kredit to : TutorialGeek


8 Comments

  1. masa mula mula guna domain sendiri memang pv jatuh merudum, pastu kalau tukar baju blog pun sama. skrg malas nak kacau dah haha tapi jeles blog zati cantik~

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah pasal. ni pon zati kene tunggu dari adsense utk iklan ada balik dalam blog,, hehe.. mood rajin edit blog sampai, tu yang dok tukar2 ni hehe..

      Delete
  2. Nak tanya, lepas dah settle semua sekali tu, boleh padam tak blog lama? maksudnya blog baru yang pakai url blog lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya lebih baik tak payah padam. sebab zati pon tak padam blog lama tu. sebab dah letak coding dia untuk link ke blog bru tu.

      Delete
    2. Ohh baik2 terima kasih awak

      Delete
  3. BOLEH KE KITA TUKAR DARI BLOGGER .COM KE THEMEBEEZ.COM

    ReplyDelete
  4. Terima kasih, tutorial ini sangat membantu saya yang buat blog baru. Sekurang-kurangnya mereka yang masuk blog lama akan terus ke link blog baru...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!