Assalamualaikum. Cuti hujung minggu ni zati blogwalking blog-blog yang join Segmen zati tu, sekali jumpa segmen ni, so ,zati pun join lah , tamat nya malam ni ya!Nasib sempat. Korang nak join tu, boleh klik banner tu. Syarat untuk join tersangatlah mudah. 

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  1. Follow blog Eza Boom Boom.
  2. Letak tajuk post, "SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM"
  3. Letak banner yang tertera di atas dan letak backlink entry ini
  4. Nyatakan SEBAB (REASON) ingin disenarai dalam bloglist Eza
  5. Tinggalkan link entry penyertaan di ENTRY ini. 
  6. Blogger mestilah beralamat di Malaysia.
  7. Tarikh tutup: 27 Disember 2020 (Ahad), jam 11.59 malam.
  8. Siap!
Okay , sebab zati ingin disenaraikan dalam bloglist Eza adalah sebab zati nak tambah rakan-rakan blogger, berkongsi pandangan , dapat menambah ilmu dengan baca entri yang blogger-blogger lain share, disamping dapat naikkan traffic blog sesama blogger.

Eza juga ada menyediakan pelbagai hadiah , menarik tau hadiah nya ! Tengok bawah ni :

KATEGORI 1: ENTRY YANG POSITIF & KREATIF (rujuk syarat no. 3)
Hadiahnya adalah berupa wang tunai yang akan dipindahkan secara online banking:
  • RM30 x 1 peserta
  • RM20 x 1 peserta
  • RM10 x 1 peserta 

KATEGORI 2: LUCKY PARTICIPANTS
Pemenang ditentukan dengan menggunakan aplikasi random number generator. Oleh itu, semua peserta yang join ada peluang untuk menang. Hadiahnya adalah:
  • Planner Book 2021 x 3 peserta 
SEMUA BLOG peserta yang menyertai segmen ini, akan DISENARAI dalam bloglist Eza selama enam bulan iaitu sehingga 30 Jun 2021.