Cara Download dan Daftar Akaun Lembaga Air Perak

Advertisement

Cara Download dan Daftar Akaun Lembaga Air Perak

Zaman sekarang semuanya kita nak mudah dan senang kan? Tambahan pula dengan keadaan sekrang ni pelbagai penyakit dan virus, sudah tentu kita nak elakkan daripada bersesak dengan orang ramai. Bila ada aplikasi yang memudahkan kita untuk bayar dan semak bil utiliti bulanan, ianya adalah satu cara agar kita boleh melakukan nya hanya dari rumah sahaja.



MyLAPApps dibangunkan untuk memudahkan pengguna LAP untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan LAP seperti semakan bil,pembayaran bil, membuat aduan dan direktori LAP. Dengan adanya MyLAPApps ini,semua urusan yang berkaitan pengguna umum LAP dapat diselesaikan dalam satu aplikasi. Pengguna boleh mencapai aplikasi MyLAPApps untuk pengguna android dan IOS serta di web https://mylapapps.lap.com.my/.


1. Cara untuk daftar aplikasi MyLAPApps (web)



  • Pengguna perlu klik butang Daftar
  • Hanya masukkan emel,pengesahan emel, katalaluan, pengesahan katalaluan.
  • Tekan butang Daftar.
  • Pengguna akan terima emel pengesahan selepas pendaftaran berjaya.

2. Cara untuk log masuk aplikasi MyLAPApps (web)



  • Pengguna hanya perlu masukkan maklumat emel dan katalaluan.
  • Boleh tandakan juga pada papar katalaluan untuk menyemak katalaluan yang dimasukkan.
  • Sila tekan butang Login. 

3. Cara Daftar dan Semakan Akaun



  • Pengguna perlu klik butang Akaun
  • Masukkan maklumat pada borang daftar akaun
  • Klik Simpan

4. Login dan Semak Akaun/Bil


semak

  • Untuk login, masukkan Email yang telah didaftar dan kata laluan.
  • Kemudian klik login.





Bila dah login, korang boleh tengok paparan nya sama seperti gambar diatas. Boleh tahu jumlah bil dan boleh baca notis gangguan bekalan air yang berlaku.

Untuk semak sepenuhnya tentang bil korang, atau pun korang nak print semula bil-bil yang lepas, korang cuma klik bahagian AKAUN tu disebelah kanan tu.


bilpdf

Gambar diatas menunjukkan paparan dimana korang boleh tengok bil-bil sebelum dan print statement.Boleh klik gambar jika tidak jelas.

Harap dengan perkongsian ini dapat memudahkan urusan korang!

Post a Comment

1 Comments

  1. Memudahkan urusan. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!