Kerana Aku Isteri Bidaan Full Episode

Advertisement

Kerana Aku Isteri Bidaan Full Episode


Kerana Aku Isteri Bidaan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Ayie Mustafa & Rahim Zali, dibintangi oleh Hisyam Hamid, Scha Elinnea, Wanns Ahmad dan ramai lagi. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 bermula 16 Mei 2022 menggantikan Khilaf Asmara. Siri drama ini juga turut ditayangkan menerusi laman penstriman IQIYI pada 1 jam akhir selepas Siaran TV, Percuma, 48 jam kemudian.

Drama ini diadaptasi dari novel hasil karya Tulip Ungu.


Sinopsis

Kisah Raina (Scha Elinnea) yang telah memfitnah Farel (Hisyam Hamid) demi kepentingannya tanpa menyedari ia memerangkap diri sendiri sehingga tekad melarikan diri daripada suami yang baru mengahwininya. Raina salah perkiraan apabila dia diperangkap oleh kekasihnya, Aznor (Wanns Ahmad) yang menjualnya untuk dijadikan GRO.

Farel dibesarkan oleh ibu angkatnya, Juwita dan mempunyai adik angkat, Miara (Silfeny Osman) . Miara telah menfitnah Farel menodainya, sehingga Farel dihalau oleh ibu angkatnya. Farel kembali ke pangkuan bapa kandungnya yang tidak lama kemudian meninggal dunia dan telah mewariskan kepadanya segala harta dan kemewahan.


Farel bertemu semula dengan Raina di kelab hiburan. Farel mahu membebaskan Raina dari kancah maksiat walaupun pada mulanya Farel hanya ingin melunaskan dendamya kepada Raina. Namun kemudian Raina ditangkap khalwat dengan bekas pelanggannya sehingga Farel mahu menjualnya kembali kepada bapa ayam.

Sehinggalah pada suatu hari di mana Farel dinasihati oleh imam di kampungnya tentang tanggungjawab seorang suami. Dia mula sedar, untuk menebus silapnya dan ingin membaik pulih rumah tangganya.


Barisan Pelakon dan Watak

Scha Elinnea sebagai Raina
Hisyam Hamid sebagai Farel
Wanns Ahmad sebagai Aznor
Ellyas Abdullah sebagai Emad
Cahaya Nilam sebagai Wardina
Syafnida Shuhaimi sebagai Riyanita
Nina Nadira sebagai Soleha
Silfeny Osman sebagai Miara
Jasper Supayah sebagai Nana
Lydiawati sebagai Juwita
Jalaluddin Hassan sebagai Dato' Arbain


Tonton Kerana Aku Isteri Bidaan Full Episode Online

Post a Comment

0 Comments