4 Kelebihan Hibah Takaful - Berikan waris anda hadiah terakhir sebelum anda pergi. | Kenali empat kelebihan hibah takaful dalam pengurusan harta pusaka anda. Baca untuk ketahui lebih lanjut.
Kematian adalah suatu perkara yang tetap dalam kehidupan. Memang pahit untuk difikirkan apa yang akan terjadi kepada anak-anak dan keluarga jika satu hari nanti kita pergi berjumpa ilahi. Hibah takaful adalah salah satu cara pengurusan harta pusaka anda yang mampu membantu meringankan beban sekeluarga. Teruskan membaca untuk ketahui kelebihan-kelebihannya.
1. Membantu Penyelesaian Hutang
Umat Islam dituntut untuk menyelesaikan hutang, walaupun selepas kematian. Selalunya, hutang-hutang kecil dibayar oleh waris tapi bagaimana pula jika anda ada hutang-hutang yang lebih besar seperti hutang perniagaan atau pinjaman peribadi daripada bank?
Hibah takaful mampu membantu waris-waris anda membayar apa-apa hutang yang ditinggalkan selepas pemergian anda. Dengan hibah ini, waris anda tidak perlu korbankan aset-aset lain yang lebih penting untuk menyelesaikan tanggungjawab berikut.
2. Penggantian Pendapatan
Jika anda bertanggungjawab mencari nafkah keluarga, kematian anda mungkin akan menjejaskan pendapatan keluarga. Ini bakal menjadi masalah jika anda mempunyai anak kecil atau suri rumah yang belum boleh menyara keluarga buat masa ini.
Wang pampasan takaful mampu menampung keluarga anda sementara menunggu urusan pembahagian harta pusaka selesai. Sekurang-kurangnya, anak-anak, keluarga dan waris yang lain tidak terbiar dan boleh meneruskan kehidupan mereka.
3. Memastikan Anak-Anak Mendapat Pendidikan
Kita semua mahukan kejayaan untuk anak-anak pada masa depan. Walau bagaimanapun, kos untuk pengajian tinggi semakin hari, semakin menaik. Jika anda tidak mempunyai perancangan awal, keluarga anda boleh rasa terbeban bila tiba masa anak-anak anda untuk melanjutkan pelajaran.
Menabung dari sekarang dengan sebuah pelan hibah takaful. Sediakan dana yang cukup buat anak-anak anda untuk berjaya walaupun anda bukan lagi di sisi mereka. Ingat, lebih awal anda mencarum takaful, lebih terjamin masa depan anak-anak dan keluarga anda.
4. Boleh Diberikan Kepada Bukan Waris
Katakan segala pengurusan harta pusaka anda boleh diselesaikan dengan wasiat dan faraid. Harta yang lebih boleh dihibahkan kepada golongan bukan waris pilihan anda.
Mungkin anda hendak bersedekah kepada jiran atau anak-anak yatim. Hibah takaful memberikan anda kebebasan untuk memilih penerima hibah anda. Anda juga boleh tetapkan kadar hibah yang anda hendak sumbangkan kepada mereka.
Kesimpulan
Hibah takaful mampu menyediakan perlindungan yang penting buat keluarga anda di saat anda menyahut panggilan ilahi. Lebih-lebih lagi jika anda adalah pencari nafkah tunggal. Berikan mereka persediaan yang cukup dengan hibah takaful daripada Takaful Ikhlas. Ketahui lebih lanjut tentang di https://www.takaful-ikhlas.com.my/ms.
Baca juga : Kenali Konsep Hibah
0 Comments
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!