Tonton Drama Lecturerku Oppa Di iQIYI

Advertisement

Tonton Drama Lecturerku Oppa Di iQIYI


Saksikan drama terbaru berjudul Lecturerku Oppa yang akan menemui penonton mulai 3 Mac 2023, bersiaran setiap hari Jumaat dan Sabtu pada jam 9.00 malam secara eksklusif hanya di penstriman online iQIYI di www.iq.com dan aplikasi mobile.

Drama romantik 13 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Arie Zaharie Production, diarahkan oleh Fairuz Loy dengan nukilan skrip bersama daripada Nadia Rahim, Hajar Edwina dan Maisurah Rahim.

Korang boleh tonton secara percuma drama ini dan jika anda pengguna VIP, anda boleh dapat akses 2 episod lebih awal. Episod 1 disini.

Sinopsis dan Barisan Pelakon Drama Lecturerku Oppa

Jung-Hyun Hwang ialah seorang pensyarah di Kolej Pengurusan Pelancongan di ibu negara. Dia seorang Korea yang fasih bahasa Melayu. Dia kacak dan dikagumi ramai pelajar di kampus, tetapi dia hanya meminati seorang pelajar Melayu bernama Sara. 

Apabila Sara ditugaskan untuk membuat projek tentang Korea, Hyun berkeras membantunya supaya mereka dapat menghabiskan masa bersama. Sara menolaknya pada mulanya tetapi jatuh cinta padanya semasa mereka berjalan-jalan di kampus. Namun, hubungan antara pelajar dengan pensyarah tidak akan berjalan lancar. 

Akhirnya, Hyun masuk agama Islam dan mendapatkan nama baharu, Daniel Abdullah. Dia akan memulakan perjalanan baharu bersama Sara. Namun, dia perlu mengatasi dua cabaran terlebih dahulu, iaitu puasa dan berkhatan


Drama Lecturerku Oppa menampilkan barisan pelakon seperti Jang Han Byul, Sweet Qismina, Naim Daniel, Farisha Iris, Raja Atiq, Carmen Soo, Yusof Hashim, Haeriyanto Hassan dan ramai lagi.
  • Han Byul sebagai Hyun
  • Sweet Qismina sebagai Sara
  • Naim Daniel sebagai Nizam
  • Farisha Iris sebagai Naura
  • Raja Atiq sebagai Zafrul
Drama ni best! Romantik dan kelakar. Korang nak tengok secara online boleh ke sini.



Post a Comment

0 Comments