Tips Memilih Sunscreen Untuk Kulit Berminyak - Sunscreen Yang Ringan, Boleh Basuh Dengan Air & Mengawal Kulit Berminyak Dengan Berkesan

Advertisement

Tips Memilih Sunscreen Untuk Kulit Berminyak - Sunscreen Yang Ringan, Boleh Basuh Dengan Air & Mengawal Kulit Berminyak Dengan Berkesan

Sunscreen, atau krim pelindung matahari, ialah produk penjagaan kulit yang direka khusus untuk melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan matahari. Sunscreen berfungsi dengan menyekat atau menyerap sebahagian sinar UV sebelum ia sampai ke kulit, membantu mengelakkan kerosakan tersebut.

Sunscreen yang baik adalah yang dapat memberikan perlindungan yang efektif terhadap sinar matahari dan membantu mencegah kerosakan kulit akibat pancaran sinar UV. Berikut adalah beberapa ciri-ciri yang menunjukkan bahawa suatu sunscreen adalah yang terbaik:

  1. SPF yang Cukup Tinggi: Pilih sunscreen dengan Sun Protection Factor (SPF) yang cukup tinggi, minimum SPF 30. SPF mengukur kemampuan sunscreen dalam melindungi kulit dari sinar UVB, yang dapat menyebabkan sunburn.
  2. Broad-Spectrum Protection: Pastikan sunscreen anda memberikan perlindungan spektrum luas, ertinya melindungi baik dari sinar UVB mahupun UVA. Sinar UVA dapat menyebabkan penuaan kulit dini dan berkontribusi pada risiko kanser kulit.
  3. Non-Comedogenic: Sunscreen sebaiknya tidak menyumbat pori-pori atau menyebabkan jerawat, sehingga sesuai untuk berbagai jenis kulit, termasuk kulit berminyak atau cenderung berjerawat.
  4. Formula Ringan: Sunscreen yang terbaik biasanya memiliki formula ringan, mudah meresap, dan tidak meninggalkan rasa lekit atau putih pada kulit.
  5. Tidak Mengandungi Bahan Berbahaya: Periksa label untuk memastikan bahwa sunscreen tidak mengandungi bahan berbahaya seperti paraben, sulfat, pewarna buatan, atau parfum yang dapat menyebabkan iritasi kulit.
  6. Uji Alergi: Jika anda memiliki kulit sensitif, lakukan uji alergi terlebih dahulu pada sebahagian kecil kulit sebelum menggunakannya secara luas. 

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen

Memilih sunscreen yang sesuai dengan jenis kulit kita sangat penting untuk menjaga kulit tetap sihat dan terlindungi dari sinar matahari. Berikut adalah beberapa tips untuk memilih sunscreen terbaik sesuai dengan jenis kulit:

1. Sunscreen Untuk Kulit Berminyak:

  • Pilih sunscreen dengan label "oil-free" atau "non-comedogenic" yang tidak akan menyebabkan pori-pori tersumbat.
  • Pilih sunscreen berbasis gel atau cair karena mereka lebih ringan dan tidak akan membuat kulit terasa berat.
  • Pilih sunscreen dengan kandungan "matte finish" untuk mengontrol kilap pada kulit berminyak.
  • Pilih SPF 30 atau lebih tinggi untuk perlindungan yang baik.

2. Sunscreen Kulit Kering:

  • Pilih sunscreen yang mengandungi bahan pelembap seperti glycerin, hyaluronic acid, atau ceramides untuk membantu menjaga kelembapan kulit.
  • Hindari sunscreen dengan kandungan alkohol tinggi, kerana dapat mengeringkan kulit lebih cepat.
  • Pilih SPF 30 atau lebih tinggi untuk perlindungan yang baik.

3. Sunscreen Kulit Sensitif:

  • Pilih sunscreen yang diformulasikan khusus untuk kulit sensitif dan memiliki label "hypoallergenic" atau "dermatologist-tested".
  • Pilih sunscreen dengan kandungan fisik seperti zinc oxide atau titanium dioxide, kerana mereka cenderung lebih sesuai untuk kulit sensitif.
  • Hindari sunscreen dengan bahan kimia tambahan yang berpotensi menyebabkan iritasi.
  • Pilih SPF 30 atau lebih tinggi untuk perlindungan yang baik.

Sunscreen / Krim Siang Terbaik - Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen

Cuaca sekarang pada waktu siang tersangat lah panas. Zati sidai kain kat luar pun terasa panas nya sinaran matahari tu. Sebab tu lah Zati mesti guna sunscreen terbaik daripada Hansaegee Nature - Aloe Vera Sunscreen.

Sunscreen / Krim Siang Terbaik

Sebelum memilih sunscreen atau krim siang terbaik, ada beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian. Bukan main beli dan pakai. Paling penting, tengok jenis kulit muka. Sama ada kulit berminyak, kulit kering atau kulit kusam.

9 Ciri-ciri Terbaik dari Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature 

  • SPF50 PA+++ Strong Protection
  • Sunscreen yang Tidak Berminyak
  • Sunscreen Tanpa White Cast
  • Moisture & Smooth, Light Texture Cream - Not Clogged Pored
  • Not Water Proof - Boleh basuh dengan air
  • Calming & Sooth Skin, Cooling Skin
  • Easy to Blend & Fast Absorb
  • No Harmful Ingredients
  • Hybrid Sunscreen

Untuk pengetahuan korang, Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature adalah dari jenis hybrid sunscreen. Jadi, Zati rekomen sangat kalau korang cuba dulu pakai Aloe Vera Sunscreen ini sebab ia adalah dari jenis hybrid sunscreen bagus untuk kulit yang berminyak.

Apa itu Hybrid Sunscreen? 

Hybrid Sunscreen

Hybrid sunscreen ialah produk sunscreen yang menggabungkan teknologi perlindungan UV Chemical dan Physical sunscreen. Malah gabungan (hybrid sunscreen) ini telah balance keburukan chemical dan physical sunscreen masing-masing. Dengan ini Hybrid Sunscreen mempunyai semua kebaikan chemical dan physical sunscreen. Inilah jenis sunscreen yang terbaik sekarang.

Zati sendiri pun dah pakai krim siang Aloe Vera Sunscreen terbaik ni sejak tahun lepas lagi. Zati suka pakai Aloe Vera Sunscreen ni sebab ia adalah krim siang terbaik yang pernah Zati pakai. Jenis kulit Zati berminyak dan Aloe Vera Sunscreen untuk kulit berminyak ni memang serasi dengan kulit. 

Walaupun kulit Zati jenis kulit berminyak, sunscreen SPF 50 terbaik ini boleh melembapkan kulit muka dan dalam masa yang sama dapat memberi perlindungan dari sinar UV yang berbahaya. Jangan takut nak cuba pakai, selagi tak cuba pakai tak tahu resultnya macam mana kan.

Memilih Sunscreen Aloe Vera Hansaegee Nature - Cara Penjagaan Muka Untuk Kulit Berminyak

Sunscreen yang mengandungi SPF 50 adalah pilihan yang baik untuk melindungi kulit dari sinaran UV (ultraviolet) yang merbahaya. Ianya dapat mengelakkan kulit dari sunburn.

SPF50 PA+++ Strong Sun Protection

Sejak dah jadi basic skincare routine pakai sunscreen Aloe Vera Hansaegee Nature untuk kulit berminyak yang bagus ini, walaupun kulit muka Zati jenis berminyak, bila sapu rata krim di kulit muka,tak rasa berminyak langsung. 

Bukan saja untuk kulit berminyak, sesuai juga untuk dijadikan skincare untuk kulit kering.

Lagipun, tekstur krim yang ringan, lembut dan tidak melekit, mudahkan untuk kita sapu rata di kulit muka. 

Jangan risau, kandungan Aloe Vera yang ada dalam sunscreen ini adalah berfungsi untuk melembapkan kulit muka. Sambil sapu rata sambil melembapkan kulit muka. Best kan.

Zati pun dah test sendiri di atas kertas buku nota, disebabkan Zati tiada blotting paper, kertas tak berminyak langsung.

Aloe Vera Sunscreen yang tidak berminyak

Sunscreen Tanpa White Cast & Boleh Basuh Dengan Air

Aloe Vera Sunscreen ni adalah sunscreen yang tiada white cast  (kesan putih) di kulit muka. Dah sapu rata di kulit muka memang nampak natural walaupun di bawah sinar cahaya matahari. 

Jika berkulit agak gelap macam Zati ni, ada white cast ni memang tak selesa jugak, lebih lagi di kulit muka.

Selain itu, sunscreen yang untuk kulit berminyak ini tidak kalis air (not waterproof). Sebab ada setengah sunscreen yang biasa diketahui ramai ianya kalis air kan.

Aloe Vera Sunscreen - Boleh dibasuh dengan air

Sunscreen yang kalis air ni bukan tak boleh pakai, tapi mesti rasa dah fikir dah nak ambil wudhuk ni mesti payah. Jadi, pilih sunscreen yang boleh basuh dengan air adalah sangat mudah dan penting.

Agak leceh kalau nak bawa pencuci muka pula kan. Macam Zati bila waktu kerja memang sejenis tak suka nak susah basuh muka, jadinya memang menjadi pilihan la bila ada sunscreen yang boleh dibasuh dengan air sahaja. Kiranya sunscreen ini mesra wudhuk.

Nasib baik guna sunscreen Aloe Vera ni sebab ia sebati dan senang cuci dengan air.
Sekali basuh, gosok lembut kulit muka dah tanggal. Memang nampak kesan warna putih keluar.

Skincare Tips Terbaik - Cara Pakai Sunscreen dengan Betul

Nak pakai sunscreen kena ada cara nye, bukan main pakai je. Kena ada step yang betul baru la apa yang kita pakai dapat hasil atau manfaatnya. 

Kalau tak, jangan pelik jika kulit tetap sunburn walaupun dah pakai sunscreen setiap hari.

Penggunaan Sunscreen yang betul

Disini, Zati kongsikan cara pakai sunscreen yang betul.

Pakai Sebelum Keluar: Sapukan sunscreen kira-kira 15 minit sebelum keluar rumah. Ini memberi masa untuk sunscreen meresap ke dalam kulit. 

Gunakan sunscreen setiap hari, walaupun cuaca mendung atau hujan. Sinar UV dapat meresap melalui awan dan mendung.

Reapply Sunscreen: Reapply sunscreen setiap 2 jam sekali, atau lebih kerap jika berpeluh atau berenang. Jika seharian duduk dalam rumah atau pejabat yang tak expose sangat dengan cahaya matahari, boleh reapply selepas 5 jam.

Bila reapply sunscreen dengan betul, kulit muka akan mendapat perlindungan yang optimum.

Kuantiti yang Betul: Penggunaan jumlah sunscreen yang mencukupi penting. Jangan mengurangkan jumlah sunscreen untuk mengelakkan penggunaan berlebihan.

Kuantiti yang betul


Korang kena ingat, jika sunscreen terbaik dipakai tidak mencukupi, kulit muka tidak akan mendapat perlindungan sepenuhnya.

Cara pakai sunscreen  adalah dengan mengeluarkan krim dari tube sebanyak 2 jari, iaitu 1 jari telunjuk dan 1 jari tengah. Barulah kulit kita mendapat perlindungan yang maksimum dari sinar UV.

Untuk muka, gunakan sunscreen khas untuk wajah atau yang bersifat 'non-comedogenic' untuk mengelakkan sumbatan pori.


Best sunscreen yang pernah Zati pakai dan ada spf yang bagus untuk wajah. Sudah tentu, yang paling Zati suka, tekstur krim yang ringan, moisturized dan mudah menyerap ke dalam kulit. 

Tambahan pula, sunscreen Aloe Vera Hansaegee Nature tidak mengandungi bahan yang merbahaya seperti alkohol,sulfat dan paraben.

Lagipun, perlindungan di siang hari untuk kulit muka memang perlu dititikberatkan.  Aloe Vera Sunscreen adalah sunscreen yang bagus disebabkan kandungan yang tinggi SPF 50 + PA+++.

Sepanjang Zati pakai sunscreen terbaik ni, Zati dapat rasa kulit kekal hidrat. Lagipun Zati pernah bagi tahu yang kulit Zati jenis berminyak.

Lagi satu, Zati perasan liang pori makin mengecil terutamanya di kawasan pipi dan hidung.  Sebab itu pemakaian sunscreen ini sangat penting secara tidak langsung ia dapat membantu kecilkan liang pori. Tona kulit pun lebih cerah sekata.





Post a Comment

1 Comments

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!