Bila orang tersayang belajar overseas lepas tu curang? Itu klise sangat. Tapi bila orang tersayang balik dari overseas lepas tu tiba-tiba pinangkan kita untuk orang lain, itu kategori apa ya?
“Pia... Kalau betul kau sayangkan aku dan percayakan aku, tolong terima untuk jadi isteri Wakeel. I’m begging you.” - Fayyad Syakir
“Kau ingat hati ni macam duit dalam bank boleh buat transaksi ikut suka hati kau?” - Afia Awliya
“Dia sakit. Hidup dia tak lama...” - Fayyad Syakir
“Kenapa? Bila lelaki tu kahwin dengan aku, dia akan hidup selamanya ke?” - Afia Awliya
Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.
“Awak tahu dia sakit? Awak tetap nak kahwin dengan dia? Ke awak rancang nak bolot semua harta dia selepas awak bergelar ‘janda’ nanti?” - Megat Aathif
“Hah, baguslah kalau awak dah tahu. So, jagalah harta tu elok-elok sebab nanti kurang pula duit nak beli tiket ke syurga, kan?” - Afia Awliya
Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.
“Janji dengan saya, Liya. Walau apa pun yang jadi, jangan pernah berhenti cari bahagia awak. Jangan berhenti.” - Megat Wakeel
Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif pula... Kenapa tiba-tiba dia boleh ada dalam kisah hidup Afia?
“I’m back! Saya akan gantikan bahagia awak yang hilang, Pia.” - Fayyad Syakir
“Saya akui saya tak pandai jaga hati orang. Tapi... saya nak jaga hati awak!” - Megat Aathif
Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?
Hehehe sebenarnya bukan nak review cerita ni sangat. Sebenarnya nak bagi tahu zati minat sangat lagu dalam cerita tu. Lagu dari IPPO HAFIZ..
Tak Mungkin
dan Tak mungkin kau kembali
Hanya untuk, meneruskan Cinta
yang telah Terhapus
Tangis diri, musnah kan aku
Sayu Hati ku Telah Menanti
Menanti kamu, Tiap waktu
Ku sedar Bukan, kuasa Ku,
Hanya Tuhan Yang Bisa Memberi
Cinta Dia Maha Indah
Ditakdirkan bersama
Tak Mungkin
Ku lupa akan bahagia bersamamu,
Dan Tak Mungkin
Ini adalah Jodoh Kita... Haaaa Haaaa....
Ku sedar Bukan, kuasa Ku,
Hanya Tuhan Yang Bisa Memberi,
Cinta Dia Maha Indah
Ditakdirkan Bersama,
Hanya kepada Dirimu, bukan Jodoh,
Yang ku Maksudkan,
Kerna ada telah tertulis,
Itu hanya Rahsia Tuhan
1 Comments
cantiknya design blog ni. :)
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!