TIPS : Mudah nya kumpul duit KAHWIN !!

Advertisement

TIPS : Mudah nya kumpul duit KAHWIN !!


Assalamualaikum..

Haaa mesti ramai yang tersenyum bila baca tajuk entry ni kan..Mudah ke kumpul duit kahwin ni? Mudah tak mudah lah, dan susah pon tak susah lah ! hehe ape aku merepek ni.. Setiap insan dalam dunia ni mesti lah ada rancangan untuk masa depan kan? Salah satu nya KAHWIN.. Tapi zaman sekarang ni nak kahwin bukan boleh ada 1k atau 2k je wehhh.. Paling kurang pon 5k keatas , itupon yang buat kenduri bajet..Kalau nak yang grand memang kene 20k keatas la jawab nye.

Tapi bila difikirkan, untuk apa majlis yang terlampau grand? Memang lah orang kata kahwin ni sekali je nak merasa. Tapi cuba fikir, lepas kahwin lagi banyak nak pakai duit tau!
Yang teringin nak kahwin tu simpanan dah cukup ke?? Kalau belum jum baca tips untuk simpan duit kahwin..


1. BUAT TABUNG KAHWIN
Walaupun belum jumpa calon, buat je tabung kahwin siap-siap. Mana tahu bila dah berkenan dengan putera idaman atau bidadari pilihan, boleh terus kahwin.

2. RAMAI YANG MENYESAL SEBAB TAK MENYIMPAN LEBIH AWAL
Bukan ke bagus kalau kumpul awal-awal. Tak la bersusah di kemudian hari. Ramai pasangan bercinta 10 tahun, tapi tabung kahwin pun tak ada.Kepada pasangan muda diluar sana yang sudah bertemu jodoh, dinasihatkan catat cara perbelanjaan anda setiap bulan. Sediakan satu buku nota untuk anda senaraikan apa keperluan perbelanjaan penting setiap bulan. Kepada yang masih lagi belum ada pasangan, jangan ambil remeh perkara ini. Bahkan inilah peluang anda untuk mengumpul lebih banyak setiap bulan.Dengan adanya buku nota untuk mengesan budget bulanan anda, kini anda sudah tau berapa yang anda mampu simpan setiap bulan.Duduk bersama pasangan anda dan bincangkan apa perkara wajib yang perlu ada untuk majlis anda nanti. Berapa ramai yang akan dijemput dan sebagainya. Gunakan calculator iKahwin.my untuk dapatkan anggaran kos yang perlu anda sediakan.Pelbagai cara boleh anda lakukan untuk menyimpan wang, yang penting terapkan disiplin dalam diri. Jangan lah “Bulan ni guna extra RM 100, bulan depan ganti." Percayalah, anda akan ulang perkara sama bulan depan. Wang simpanan ini bukan sahaja untuk kenduri kahwin, selepas berkahwin pun masih perlu teruskan hidup.
3. LELAKI ATAU PEREMPUAN MULAKAN MENYIMPAN                                                    Kalau majlis anda rancang perlukan RM20,000, setiap seorang kena sediakan RM10,000.Bila cakap saja mengenai simpan duit untuk kahwin, ramai yang menunding jari ke arah si lelaki. Tapi tidakkah berkahwin ini perkara yang perlu dibuat bersama? Ye duit hantaran diberi, tapi duit tersebut hanya dapat menampung sesetengah kos sahaja dalam majlis resepsi.Wahai kaum hawa, anda juga yang akan berkahwin dengan jejaki itu. Kehidupan selepas kahwin akan bermula dengan anda berdua, jadi janganlah bebankan si dia seorang dalam hal menyimpan duit ni.
4. JANGAN BERGANTUNG PADA SATU PENDAPATAN                                                     Rajin-rajin buat pandapatan sampingan yang memerlukan modal kecik atau tanpa modal seperti jadi dropship, Uber, Grabcar dan lain-lain.Untuk mereka yang ada masa lebih, boleh lah mula membuat bisnes kecil-kecilan. Walaupun untungnya tidak besar, sekurang-kurangnya ada juga duit lebih untuk ditambah ke dalam tabung simpanan kahwin anda. Anda boleh mula dengan menjual barang-barang terpakai yang tidak diperlukan lagi. Waktu untuk anda bersihkan rak buku, rak almari segala rak yang telah berabuk lama tu. Cara kedua, cari pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah. Contoh: Penulis Artikel Blog Sambilan, Membuat Kek Cawan Pada Hari Minggu, Membuat Barang Kemas Handmade dan lain-lain. Di era moden ini, kita ada Facebook, Instagram dan pelbagai laman social yang dapat membantu mempromotekan hasil kerja kita. Gunakan laman social ini sebaiknya.
5. IKUT KEMAMPUAN                                                                                                          Sesebuah majlis perkahwinan itu dinilai bukan dari gahnya lokasinya, atau bertapa mahal kos pelaminnya, malah bukan juga dari bertapa mahalnya mas kahwinnya. Yang penting adalah siapa yang hadir pada hari tersebut untuk meraikan hari paling bahagia anda.Tidak salah untuk impikan majlis bak puteri raja, tapi jika kemampuan kita hanya untuk majlis simple-simple apa salahnya. Asalkan sesiapa yang penting hadir dan perkara yang wajib dapat dilaksanan pada hari tersebut.Kalau korang ni jenis kreatif, boleh buat pelamin sendiri. Lebih jimat. Kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer pula tak perlu sampai 3 orang.
6. TAHAN NAFSU                                                                                                                            Siapa yang tak excited bila berjalan-jalan di mall dan lihat perkataan SALE besar-besar warna merah. Lagi-lagi kaum wanita, tak duduk diam dibuatnya. Ada je alasan yang diberi untuk pergi membeli-belah. Sebelum anda langkah masuk untuk mencuba baju dan kasut yang cantik-cantik itu, tarik nafas dalam-dalam dan kata pada diri anda “Tahan nafsu, aku kena menyimpan untuk majlis akan datang."Kawan adalah lagi satu faktor yang akan mempengaruh anda menggunakan wang berlebihan budget, tidak salah untuk keluar dan luang masa bersama mereka, akan tetapi pastikan budget anda tidak lari. Beritahu kawan anda dengan cara baik yang anda sedang menyimpan dan tidak boleh selalu makan luar.Dating bersama kekasih, kalau boleh ingin berjumpa hari-hari. Sehari tak bersemuka naik gila rasanya, ingat setiap kali anda keluar berdating, aka nada wang yang mengalir keluar daripada dompet.

Post a Comment

2 Comments

  1. kak shaz before kawin , tak banyak simpanan..sbb masa bujang gigih kumpul aset.. nasib baik lelaki yang naik minang...kalau ppuan , mmg tak mampu la akak naik minang anak orang.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe same lah kita kak.. dok sebok kumpul harta sendiri orang kata hehe.. kalau prmpuan yg masuk minang entah lah hehe

      Delete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!