Assalamualaikum

Lagi sehari je nak habis bulan April ni. Macam mana sepanjang bulan April korang ? Ok ke Ko ? hehe. 

Tajuk kali ni sesuatu yang zati tak kan penat untuk cuba dan terus mencuba. Salah satu nya adalah menjahit. Zati minat juga lah menjahit ni , sebab dulu arwah mak pandai menjahit , tapi tu lah menyesal pulak tak belajar dulu.

Setakat jahit seluar baju koyak tu lepas lah . Dan raya tahun lepas zati jahit langsir untuk rumah ni. Langsir yang paling simple sesangat! Memang minat tu ada nak belajr menjahit baju , seluar , macam-macam lagi lah , sebab dengan menjahit juga kita boleh menjana income.

Tapi zati ni jenis tak sabar. Bila buat sesuatu , lepastu tak jadi mula lah rasa nak mengamuk haha! Entah lah , tapi sampai sekarang zati still practise. Adalah beli mesin jahit mini yang comel lote tu. Beli kat Lazada, murah je RM39 je masa tu.

Ni lah mesin jahit yang zati beli tu
Comel kan mesin ni? Nampak je kecil , tapi lepas lah juga zati jahit baju seluar yang koyak tu , buat baju kelawar (baju tidur) , buat langsir. Boleh lah. Sebab zati tak reti guna mesin arwah mak tu.

Walau apa pon zati tetap terus mencuba.Kalau ada rezeki lebih , zati nak masuk kelas menjahit. Insyaallah.