Kehebatan Doa

Advertisement

Kehebatan Doa

Entri ini mungkin akan mengubah persepsi kita tentang doa. Mind blowing facts about your du'a that you don't realize how powerful it is.
Khususnya bagi mereka yang selalu berdoa dan rasa macam tak makbul je, asyik tak dapat apa yang nak dan jemu untuk  berdoa. You must read this!

Doa sebenarnya satu "tools" yang sangat powerful bagi orang Islam. Doa connect us with Allah directly without any intermediator. Betapa kuatnya kuasa doa sampai Nabi kata :


Perkataan "Silah" means deadly weapon. Persoalannya siapakah yang dibunuh oleh doa? Apa maksud sebenar Nabi? Ini yg ramai orang tak tahu. Jawapannya ialah bala/musibah.
Doa ialah musuh utama kepada bala. Both macam satu bala tentera yang berperang setiap waktu non-stop !

Peperangan antara doa dan bala ini bermula sejak kita lahir hinggalah mati. Bahkan sampai ke hari Qiamat, mereka saling berperang. Kata Nabi :


Pertempuran antara doa dan bala ada tiga peringkat :

Peringkat pertama : Doa lebih kuat daripada bala. Doa itu akan menghalang bala yang sepatut kena pada anda. Contohnya, mungkin dalam sehari tu kita akan dapat macam-macam musibah tapi disebabkan doa kita dan doa orang lain like parents, kita selamat. Tapi kita tak perasan.

Peringkat kedua : Bala lebih kuat daripada doa. Jika kita akan kena musibah tu tapu doa still berfungsi melemahkan sedikit kesan musibah kepada kita. Contohnya , maybe kita sepatutnya kena sakit kronik tapi disebabkan doa, ia kurangkan musibah tu. Kita dapat demam seminggu. Still kena but lower.

Peringkat ketiga : Doa dan bala sama-sama kuat. Ada musibah yang kita kena but ada juga yang berjaya dielakkan. Silih berganti setiap masa.

Kita sangka doa kita tak dimakbulkan padahal sebenarnya Allah makbulkan doa tu sesuai dengan kebijaksanaanNya. 3 bentuk doa dimakbulkan ;

1.  Allah makbulkan doa persis macam yang kita mahu. Dipermudahkan urusan ke arahnya. Cuma masanya tidak tahu bila. Ini biasa kita lihat.

2. Allah tangguh doa tu. Maybe dapat lambat. Maybe tak dapat di dunia tapi Allah simpan untuk akhirat sebsb Dia tahu kita disana nanti in trouble ! Allah tahu yang kita bakal susah di akhirat. Disimpan kemakbulan doa di dunia untuk akhirat. Ini kebijaksanaan Allah yang kita tak nampak.

3. Doa itu dimakbulkan dengan bentuk lain. Bab inilah yg saya bincangkan dalam entri ni. Kemakbulan doa yang ni paling kita tak sedar. 
Contoh :  Kita doa nak jadi jutawan. Duit banyak. Allah bagi juga harta cuma tak jutawan tapi dia ganti dengan kesihatan, bebas hutang dan sebagainya. Atau kita doa nak jadi kaya. Kita fikir kaya tu akan buat kita bahagia. Allah tahu yang kita perlukan sebenarnya bahagia tu, bukan harta.

So,  Allah makbulkan doa tadi dengan bagi apa yang kita perlu, bahagia misalnya, dijodohkan dengan orang baik, dapat kerja bagus, masa lapang , kesihatan yang baik dan sebagainya.
And mostly doa yang tak makbul tu jadi penyelamat kita dari pelbagai musibah. Kita rasa doa mcm sia-sia walhal kita doa tu la yang save us.

Macam mana doa yang tak dimakbulkan tu jadi penyelamat kita? Ulang baca awal entri ini. Percayalah, tiada doa hambaNya yang Allah abaikan.

Akhir sekali, semoga persepsi kita sedikit sebanyak berubah dan moga lebih yakin dalam berdoa. Doa is our sword, keep it sharp always





Post a Comment

2 Comments

  1. thank you untuk posting bermanfaat ni . Sentiasa berdoa dan bersangka baik dgan Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.. Ya, mesti slalu brsangka baik, sbb perancangan Allah tu indah 😊

      Delete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!