10 Aneka Jenis Resepi Kek Paling Sedap

Advertisement

10 Aneka Jenis Resepi Kek Paling Sedap


Mencari resepi kek yang boleh dicuba?

Tidak dinafikan, kek menjadi pilihan ramai dikalangan semua golongan. Kek sering menjadi pencuci mulut pilihan selepas makan di majlis-majlis upacara, terutamanya majlis perkahwinan, ulang tahun, dan hari lahir. 

Terdapat banyak resipi kek sehingga tidak terkira, ada yang seperti roti, beberapa jenis berlemak dan rumit, dan banyak yang telah berabad lamanya. Membuat kek tidak lagi dikatakan rumit atau susah dengan adanya pelbagai alatan yang canggih dizaman moden ini.

Jom tengok resepi yang Zati dah sediakan ni, mana tahu kot boleh cuba sendiri kat rumah!


#1 - Kek Cawan Coklat Brownie Dengan Krim


Bahan-bahan:

4 auns coklat masakan (unsweetened), dicincang
1/2 cawan mentega (unsalted), potong kepingan-keping
1 1/4 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur (size besar)
3/4 cawan tepung serba guna
1/4 sudu teh garam

Cara-cara:

1. Panaskan ketuhar untuk 325°c
1. Susun 12 kertas cawan kek pada acuan.
3. Cairkan coklat dan mentega di dalam mangkuk secara double boil - Coklat dan mentega di cairkan di dalam mangkuk yang diletakkan dalam periuk air yang mendidih, pastikan air yang mendidih tidak memasuki mangkuk
4. Setelah coklat dan mentega cair sepenuhnya, tutup api dan sejukkan coklat tersebut seketika.
5. Setelah mencapai suhu bilik, masukkan gula, dan esen vanilla. Kacau rata.
6. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
7. Masukkan garam dan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis dan sebati.
8. Setelah sebati, agihkan adunan ke dalam setiap cawan kek yang telah disusun tadi.
9. Bakar selama 20 minit atau hingga masak - uji dengan lidi
10. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sehingga suhu bilik.

Krim Putar Mentega Coklat

1-2 sudu makan susu
1 sudu makan serbuk koko
6 sudu makan mentega lembut
3/4 cawan serbuk gula (gula aising)
Coklat cip untuk hiasan.
Potong mentega kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk/ mesin pemutar.
Pukul atau putar sehingga lembut dan berkrim.
Ayak serbuk koko dan gula ke dalam mangkuk atau mesin pemutar sedikit demi sedikit sehingga habis.
Setelah adunan sebati, masukkan susu dan kacau atau putar rata.
Hias kek cawan yang telah dimasak tadi dengan Krim Putar Mentega Coklat seperti dalam gambar di atas. Tabur coklat cip untuk hiasan.


#2 - Kek Cheese Leleh


Bahan-bahannya :

100g tepung hongkong - Kalau takde boleh guna tepung gandum *
60g tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovelette
100g gula kastor
4 biji telur
50ml air sejuk - air dari peti ais
75g mentega cair
1 sudu kecil vanila

Cara Membuatnya :

1. Ayakkan dahulu bahan yang bertanda *
2. Mixkan semua bahan di atas, kecuali mentega cair.
3. Pukul sampai gebu, baru masukkan mentega cair. Sebatikan.
4. Bakar dalam oven pada suhu 150°c selama 45 minit. (bakar dengan suhu 150°c selama 30 minit)
5. kemudian dengan suhu 170°c selama 20 minit - kepanasan ini bergantung pada oven masing-masing


#3 - Japanese Cotton Cheesecake


Bahan-bahan

Bahan A:
250 gm cream cheese
50 gm butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/4 susu kecil garam
60 gm tepung kek/tepung superfine
20 gm tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
 
140 gm gula (granulated sugar)
 6 biji putih telur
3/4 sudu kecil jus lemon


Cara-cara:

1. Cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi.
2. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati.
3. Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
4. Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bawahnya dan tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dalam tin kek.
5. Bakar kek pada suhu 160°c dlm kira kira 1 jam, dengan cara bain-marie (waterbath).


#4 - Kek Marble / Kek Mentega


Bahan-bahan

3biji telur gred B
1cawan tepung kek
1/2 sudu ovellate
1/2 cawan gula halus
3sb susu segar
1sk esen vanilla
1sb susu pekat
1/2cwn mentega cair (add last sekali)

Cara-cara

1. Mix bahan-bahan diatas guna mixer sehingga gebu
2. Last sekali. Sebelum tuang adunan dalam loyang masukkan mentega cair gaul sebati adunan nya
3. Bakar dalam suhu kecil antara 160°c di rek paling bawah selama 1jam.


#5 - Moist Cake Butter Old School


Bahan-bahan

1 buku butter
1 1/2 cawan gula
5 biji telur B
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan fresh milk 
1 sudu (k) vanilla essen

Cara-cara

1. Panaskan oven selama10 minit dengan suhu 170°c. 
2. Pukul mentega dan gula sampai putih dan fluffy. Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga sebati kemudian masukkan esen. Masukkan tepung selang seli dengan susu
3. Kaup balik guna spatula. 
4. Jangan kacau lama takut overmix, nanti kek tak menjadi moist malahan keras.
5. Kemudian masukkan dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dialas dengan baking paper.
6. Bakar suhu 170°c selama 45 minit atau ikut kesesuaian oven masing-masing dengan menggunakan api atas bawah. 
7. Terbalikkan kek atas redai kek dan biarkan sekejap kemudian terbalikkan semula kepada kedudukan asal.


#6 - Kek Batik Topping Cheese


Bahan-bahan

1 bungkus biskut marie (Patah-patahkan)
1 bungkus kecil milo
Susu pekat 1/2 tin
1 ketul buttercup
1/4 cawan susu cair
2 biji telur
1 sudu kecil nescafe

Topping Cheese 

250 g cream cheese
1/2 cwn susu pekat
1 sudu perahan lemon
sedikit susu cair

Cara-cara

1. Cairkan buttercup dalam kuali. Bila dah cair masukan milo, serbuk nescafe, susu pekat susu cair serta telur (pecah dan pukul sekejap) masak sampai sebati. 
2. Pastikan api kecil supaya milo dan buttercup tadi bercampur dengan baik dan tidak berketul-ketul.
3. Bila bahan agak sebati, masukan biskut marie tadi kacau sampai sebati.
4. Angkat dan masukkan dalam bekas atau loyang. Tekan bahan supaya rata dan padat.
5. Sementara itu buat bahan untuk topping. Campurkan cream cheese, susu pekat, perahan lemon dan susu cair dalam bekas. Gaul bahan sehingga sebati.
6. Tuangkan topping cheese atas kek tadi. Boleh sejukkan kek dahulu dalam peti sejuk sebelum dipotong. Kalau nak lebih cantik, hiaskan dengan coklat rice dan nestum.


#7 -  Kek Tornado Viral


Bahan-bahan

3 biji telur
1 cawan gula 
1 sk esen vanilla
1 cawan minyak
1 cawan 1/2 tepung naik sendiri + 1 sk soda bikarbonat - kalau takde boleh pakai tepung gandum + 1sk soda bikarbonat + 1 sk baking powder (ayak)
1/2 cawan serbuk koko atau boleh ganti dengan milo kalau tiada serbuk koko atau coklat
1/4 cawan air panas

Cara-cara

1. pukul telur + gula + esen vanilla (pukul rata)
2. masukan minyak masak (kacau biar sebati)
3. masukkan tepung + baking powder + soda bicarbonat 
4. masukan serbuk koko/coklat/milo
5. last sekali masukan air panas kacau rata.
6. bakar api atas bawah suhu 180°c  50 minit bergantung pada tahap kepanasan oven anda. kalau nak kukus boleh kukus 40-45minit. tips utk kek gebu tak perlu guna mixer..just kacau guna sudip je mcm nk buat kek brownies tu 

Bahan-bahan cream cheese

250gram cream cheese 
60ml whipping cream (nak lebih gebu boleh lebihkan whipping cream ye) 
3-4sb susu pekat (nak manis / kurang manis boleh lebih / kurangkan) 

Cara-Cara

1. mixer cream cheese sampai lembut 
2. tambahkan susu pekat (rasa tahap kemanisan yang anda suka)
3. masukkan whipping cream dan mixer smpai gebu dan ringan.

Bahan Coklat Ganache:

100ml whipping cream 
250gram milk compound 
2sb mentega/majerin
(double boil smpai sebati last sekali masukkan majerin)


#8 - Kek Pisang


Bahan-Bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan pisang lenyek
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-Cara

1. Semua bahan dikacau rata
2. Masukkan ke dalam loyang atau bekas yang dah disapu planta
3. Kukus selama 45 minit atau hingga masak


#9 - Kek Coklat Mini Kukus


Bahan-Bahan

1 cawan serbuk koko *
1 cawan minyak masak *
1 cawan susu pekat *
1 cawan susu cair *
(campurkan bahan-bahan  bertanda * dalam periuk, dan masak selama 5 minit)
1 3/4 cawan self rising flour #(kotak pink) atau (gantikan dengan tepung gandum tambah 2 biji telur.)
1 sudu teh soda bikarbonat #
1 sudu teh baking powder #
(ayak kan bahan-bahan bertanda #)

Cara-Cara

1. Campurkan bahan-bahan yang telah dimasak dan diayak sedikit demi sedikit, kacau rata
2. kukus 15 minit atau sehingga masak

Topping (jika mau)

1/2 cawan serbuk coklat/coklat masakan
1/2 cawan Susu cair
1/2 cawan Susu pekat
2sdb majerin/butter/minyak masak

Gunakan kaedah double boiled. Bila dah sebati tuang di atas kek yg telah disejukkan.


#10 - Kek Lapis Kukus Pelangi


Bahan-Bahan

8 biji telur (A)
270g gula
10g ovalette (1s/k)
1/2 s/t serbuk vanilla
270g tepung  gandum
80ml susu pekat manis
200ml minyak masak
sedikit esen ros
Pewarna pink, oren, kuning, hijau, biru & ungu

Cara-Cara

1. Pukul gula, telur, ovalette, serbuk vanila sampai soft peak (kira2 10minit) dengan kalajuan tinggi
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan kelajuan perlahan
3. Masukkan susu dan minyak masak, gaul ngan menggunakan spatula sampai sebati
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian untuk diletakkan warna yang menjadi pilihan hati
5. Siapkan loyang 8' alas dengan baking paper.Jangan digris tepi-tepi loyang ye
6. Kukus adunan pink selama 10 minit dalam kukusan yang sudah mendidih. Kukus ngan api sederhana besar
7. Setelah 10 minit buka kukusan tekan permukaan kek pelan-pelan, kalau sudah masak baru masukkan adunan oren, ratakan, hentakkan loyang pelan-pelan agar  tidak mengelembung. kukus lagi 10 minit. Ulang proses melapis hingga habis semua adunan.( pink, oren, kuning, hijau, biru, ungu )
8. untuk lapisan terakhir, kukus selama 20 minit
9. Setelah kek masak.. keluarkan ia dari kukusan.. Kemudian keluarkan kek dari loyang
10. potong kek nipis2 ketika ia masih lagi panas
11. bubuh filing yang kita suka.. kemudian gulung kek ngan kemas.
12. siap.

Post a Comment

1 Comments

  1. Menggoda betull semua kek kek kat atas tu hahaha. Biasa beli je, senang, sebab nak buat tu agaklah malas hahaha :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!