12 Fungsi Google Yang Mungkin Anda Belum Tahu | Google bukan sahaja digunakan untuk ejen carian, tetapi ianya ada fungsi "tersembunyi" yang mungkin ramai belum tahu atau dah tahu.Ada banyak fungsi google yang mungkin kita tak ambil hirau antaranya ialah :


1- Kalkulator



Taipkan calc di google atau boleh buat pengiraan terus dan tekan enter.


2 - Site



Ini biasa digunakan, tapi meletakkan perkataan dihadapan mungkin jarang orang guna.Dengan menaip site, google akan mencari site sahaja.

3 - Semak Mata Wang



Rasanya ini ramai yang tahu kan.Cuma taip sahaja jumlah yang kita nak beserta kod matawang, contoh untuk Ringgit Malaysia (RM) adalah MYR


4 - Semak Masa Diseluruh Dunia



Cuma taipkan sahaja nama negara yang kita nak tahu waktunya, contoh : time in Mecca


5 - Semak Suhu



Taipkan 37c in F, tekan enter


6 - Mencari File Secara Spesifik



Taipkan “nama fail :pdf” atau “nama fail :doc” Contoh :  motivasi:pdf (dalam bentuk pdf)


7 - Semak Cuaca



Untuk semak cuaca di sesebuah Negara yang kita ingin tahu, hanya : Taipkan forecast (nama negara)


8 - Melihat Data Populasi Penduduk



Ingin mengetahui jumlah penduduk dalam sesebuah negara? Mudah sangat, hanya : Taipkan population (nama negara)


9 - Kamus Segera



Kamus hujung jari je! Hanya dengan menaip define (perkataan)


10 - Dapatkan Maklumat Google



Pasti ramai dah tahu tentang Google kan. Google bukan sahaja enjin pencarian, tetapi Google menyediakan pelbagai features yang mampu menyelesaikan masalah dan sebagainya.Hanya taip GOOGLE korang boleh tengok details nya.


11 - Google Trick


Seperti yang kita semua ketahui, Google adalah mesin carian terbesar / paling banyak digunakan di dunia. Ia memproses sekitar 10 bilion carian setiap hari. Ini memberikan penggunanya semua maklumat yang mereka perlukan,dan ketika mereka memerlukannya.

Sama ada anda mencari resipi baru atau maklumat , Google sentiasa bersedia membantu. Google lebih daripada sekadar mesin pencari, ia dipenuhi dengan muslihat dan permainan rahsia! Jom sama-sama kita try!

Dibawah ni, Zati senaraikan nama trick nya, korang just copy dan paste kan pada search box google tu. Have Fun!!

  • Do a Barrel Roll
  • Atari Breakout
  • Askew
  • Recursion
  • Google Gravity
  • Google Pac-Man
  • Friends
  • Zerg Rush
  • Google Snake Game
  • Google Gravity Underwater
Sebenarnya banyak lagi ye, korang boleh try cari. Boleh lah untuk hilangkan stress kejap haha.

12 - Mendapatkan Jarak



Kalau yang ini mesti ramai dah tahu kan.Untuk mengetahu jarak dari satu tempat ke satu tempat, boleh lah korang search hanya taip : Contoh - Ipoh to Penang