29 Best Blogs You Need To Follow in 2021 | Menarik kan bila baca tajuk artikel kali ini.Kali ni Zati nak senaraikan top blogger Malaysia tahun 2021.Jom tengok list nya dibawah ni.
Ini adalah senarai blogger Malaysia yang terkenal yang menjadi pilihan Zati sendiri.
#1 - Siti Awadah
Usia Blog : 4 tahun, bermula 2017
Link Blog : www.sishawa.com
Blog lifestyle, parenting dan share tentang ilmu blogging. Ibu kepada 6 orang anak, beliau juga merupakan Founders Biters. Sis Hawa ni adalah salah seorang idola Zati dalam dunia blog. Blog Sis Hawa ni boleh dikatakan setiap hari blog paling banyak dikunjungi.
#2 - Eyqa Hasnan
Usia Blog : 11 tahun, bermula 2012
Link Blog : www.eyqahasnan.com
Blog lifestyle, berkongsi tips dan personal life. Berkeyakinan dalam pelbagai bentuk untuk membina networking kepada sesiapa sahaja. Sudah berada dalam dunia blog selama 11 tahun bermula tahun 2012.
#3 - Ardini Humaira
Usia Blog :13 tahun, bermula 2008
Link Blog : www.ilhamdini.com
Lifestyle Blog, beauty, personal, tips, parenting, review dan masakan.Merupakan seorang ibu kepada dua orang cahaya mata yang mempunyai minat menulis sejak zaman sekolah lagi.Beliau berhenti kerja demi keluarga.
#4 - Mrs Pip
Usia Blog : 6 tahun, bermula 2015
Link Blog : www.mrspip.com
Sabahan Mommy Blogger yang suka menulis personal dan parenting blog.Juga membuat product review.Minat dengan KDrama dan suka share resepi ringkas.
#5 - Azlinda
Usia Blog : 8 tahun, bermula 2012
Link Blog : www.azlindaalin.com
Banyak berkongsi pengalaman travel, food, personal, beauty dan banyak lagi. Bekerjaya sebagai financial consultant AIA, business online dan menulis blog sebagai hobi. Seorang yang pentingkan keluarga, gemar habis kan masa lapang dengan aktiviti bersama keluarga.
#6 - Nabiha Mohd Mashut (Bie Mohd)
Usia Blog : 14 tahun, bermula 2006
Link Blog : www.biemohd.com
Blog inspirasi ibu bekerjaya yang menjadi wanita sibuk dalam karier dan bisnes, tetapi bijak mengatur masa untuk hobi DIY, kerja kreatif dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga.
#7 - Wan Rokiah (Wawa)
Usia Blog : 8 bulan, bermula May 2020
Link Blog : www.mommywawa.com
Merupakan seorang ibu kepada seorang anak. Suri rumah sepenuh masa, dalam masa yang sama jana pendapatan bersama shaklee dan adsense. Juga seorang youtuber @wanrokiahwanismail & @vitaminwawa.
#8 - Chaza Xiaojieo
Usia Blog : 10 tahun, bermula June 2011
Link Blog : www.cxopportunities.com
Blog Lifestyle, parenting mommy yang suka dan mahu bekerja dari rumah sambil membesarkan serta mendidik sendiri anak mengaji membaca. Suka berkongsi pengalaman dan review tentang sesuatu secara jujur dan ikhlas. Niat utama blogging adalah untuk bagi peluang dekat diri sendiri dan orang lain supaya sama² menambah ilmu walau dimana jua tak kira siapa dan usia.
#9 - Nurul Aleya (apakatamommy)
Usia Blog : 11 bulan, bermula March 2020
Link Blog : www.apakatamommy.com
Blog parenting, berkongsi pengalaman breastfeeding, tips menyusukan anak sehingga 2 tahun dan resepi menggunakan air fryer.
#10 - Yaya Azura
Usia Blog : 11 tahun, bermula Jan 2010
Link Blog : www.yayaazura.com
Blog lifestyle, parenting dan personal. Banyak berkongsi pelbagai tips dan resepi masakan. Part time blogger yang menjadikan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan.
#11 - Sii Nurul
Usia Blog : 6 tahun, bermula 2015
Link Blog : www.siinurul.com
Blogger sepenuh masa yang suka berkongsi tentang kerjaya sebagai blogger. Menulis pelbagai infomasi seperti kerjaya, tips dan panduan, dan pengalaman blogging.
#12 - Bonde Zaidalifah
Usia Blog : 11 tahun, bermula 2010
Link Blog : www.bondezaidalifah.com
Blog mengenai lifestyle travel, resepi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan produk kesihatan, review hotel, review restoran ada juga kongsikan tentang pengalaman sendiri.
#13 - Abang Rock
Usia Blog : 4 tahun, bermula Mei 2017
Link Blog : www.abangrock.com
Blog lifestyle dari pandangan seorang lelaki dan suami. Berkongsi kisah semasa dan panduan tentang kehidupan, gaya hidup lelaki, perhubungan dan perkara berkaitan Islam
#14 - Marina Bashah
Usia Blog : 2 tahun, bermula Feb 2019
Link Blog : www.marinabashah.com
Ibu kepada 3 orang anak dara. Ibu yang bekerjaya. Mula berblog pada tahun 2010. Tapi on off on off. Blog lama pon dah delete. Bergiat aktif balik pada tahun 2019 dengan blog yang baru dan masih belajar mempraktikkan menulis blog dengan skill SEO. Suka sharing tentang travel, hotel dan tempat makan. Suka juga sharing tentang parenting. kisah pembelajaran anak-anak.
#15 - Messarah
Usia Blog : 8 tahun, bermula 2013
Link Blog : www.messarah.com
Seorang beauty blogger, peminat tegar local skincare (#supportlocal) berumur 20an yang suka menulis tentang skincare tips (beauty), banyak menghabiskan masanya di Twitter, gemar menonton Netflix dan anime, dan adakala berkongsi hasil lukisannya di instagram @/saraewyd.
#16 - Annur Syuhadah
Usia Blog : 9 tahun, bermula 2012
Link Blog : www.annursyuhadah.com
Perkongsian pengalaman, tips dan trik hidup sebagai pasangan suami isteri jarak jauh, dan membesarkan 3 orang anak sendirian sejak dari mula. Perkongsian paling hangat sambutannya adalah mengenai sejarah membesarkan bayi pramatang, masalah penyusuan dan perancangan keluarga.
#17 - Fadzi Razak
Usia Blog : 6 tahun, bermula 2014
Link Blog : www.fadzirazak.com
Blog Malaysian Family Lifestyle termasuk tentang kekeluargaan, parenting, resipi, travel, organization, how to, tips dan review. Bekerja sebagai freelance writer.
#18 - Hawa Hassan
Usia Blog : 3 tahun, bermula 2018
Link Blog : www.hawahassan.com
Blog lifestyle. Perkongsian tentang 'home organizing', projek DIY, laman, resipi mudah serta pelbagai tips dan panduan jana income dari rumah.
#19 - Farhana Jafri
Usia Blog : 12 tahun, bermula 2009
Link Blog : www.farhanajafri.com
Blog Entertainment. Part-time blogger berkongsi Movie/Drama/Telemovie/Lagu review especially Bollywood. Pernah menulis untuk iflix dan KRU Music. Update niche lain juga seperti lifestyle, fashion, tips & tutorial dan personal.
#20 - Zaza Azman
Usia Blog : 1 tahun, bermula Jan 2020
Link Blog : www.zazaazman8.com
Blog Lifestyle, Food, Beauty and Parenting. Lebih selesa dengan Bahasa Inggeris utk berblog. Suka review makanan, tempat-tempat best dan barang-barang kecantikan. Full Time housewife / part time blogger.
#21 - Zayn Hakeem
Usia Blog : Jun 2020
Link Blog : www.dakwatpena.com
Blog khusus tentang prosidur perundangan syariah di Malaysia untuk pengetahuan dan ilmu.
#22 - Azhafizah
Usia Blog : 12 tahun, bermula Nov 2009
Link Blog : www.azhafizah.com
Perkongsian tentang resepi mudah, tanaman, dekorasi rumah, drama & movie, muzik, tempat-tempat menarik, isu semasa, tips & tutorial blog dan banyak lagi.
#23 - Aida Hanafiah
Usia Blog : 11 tahun 9 bulan
Link Blog : www.adianiez.com
Perkongsian tentang aktiviti keluarga, kisah anak-anak bertiga, resepi dan menu harian, dekorasi rumah dan berkebun. Sesekali berkongsi tentang percutian, tempat menarik dan tempat makan yang best.
#24 - Siti Rohaida
Usia Blog : 11 tahun, bermula 2010
Link Blog : www.kisahsidairy.com
Ibu kepada 2 orang anak perempuan, berkongsi cerita tentang kekeluargaan,kecantikan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi.Menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan yang paling disukai.
#25 - Norhana Rosmida
Usia Blog : 14 tahun, bermula 2007
Link Blog : www.hannamaruku.com
Ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.
#26 - Sharina (opzzpinky)
Usia Blog : 11 tahun, bermula September 2010
Link Blog : www.opzzpinky.com
Ibu kepada sepasang anak, edan eshal. Dahulu blog tempat meluah, sekarang jadi tempat mengaut rezeki katanya, alhamdulilah, lifestyle blogger, berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips.
#27 - Bella Jamal
Usia Blog : 5 tahun, bermula April 2016
Link Blog : www.bellajamal.com
Menulis mengenai pelbagai ulasan dan maklumat mengenai makanan, haiwan kesayangan dan perjalanan. Ulasan produk disediakan untuk dibaca oleh orang ramai dan anda boleh melihat beberapa petua dari resipi memasak.
#28 - Alia Farhan Said
Usia Blog : 13 tahun, bermula 2008
Link Blog : www.aliafarhan.com
Mom with two princesses.Who love to travel with my lil family.Either in Malaysia or outside from Malaysia.
#29 - Fuzy Rahamah Hamid
Usia Blog : 15 tahun
Link Blog : www.iamfuzy.com
Merupakan umi kepada 6 anak, surirumah sepenuh masa. Mulanya menulis di blog sebagai diari berkongsi pelbagai cerita, kisah kehamilan, tugas sebagai agen pelancongan, resepi masakan dan mengambil upah sebagai penulis upahan, penulis konten dan pegawai media sosial (PMS).
Inilah senarai top blogger Malaysia yang perlu korang follow. Boleh klik link blog yang dah disediakan tu. Selamat membaca dan sudi-sudi follow kesemua blogger terkenal ni ye.
5 Comments
wahhh geng geng otai ni 😍
ReplyDeleteThanks zati for the list.. Cuma link blog mamy ada kesalaham ejaan sikit disitu. It's annursyuhadah bukan anuursyuhadah
ReplyDelete(-‿◦)
alamak..ampun... sy betulkan ye...
DeleteNice sharing, nanti boleh follow untuk tambah kenalan di dunia blog hehehe :D
ReplyDeleteBoleh blogwalking 29 blogger ni
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!