'Covid Oh Covid'disiarkan di slot Lestary TV3. Dibintangi oleh Umie aida, Nora Danish, Tony Eusoff, Adibah Noor, Tiz Zaqyah, Nabila Huda dan ramai lagi. Drama arahan Izuan Mokhtar, terbitan Rumah Karya Citra. Bersiaran mulai 2 April 2021, setiap Rabu hingga Sabtu pukul 9 malam di TV3.
Kalau korang ada follow instagram Erma Fatima, korang mesti tahu cerita Covid oh Covid ni pernah disiarkan secara episod di dalam akaun intagram beliau. Mereka berlakon dan merakam (shooting) di rumah masing-masing ya.Kalau tak silap Zati semasa PKP tahun lepas. Memang seronok dok melayan cerita ni. Tak sangka pula, disiarkan di TV3.
JUDUL COVID OH COVID
EPISOD : 13WATAK PELAKON
Sinopsis
Pengumuman sambungan PKP amat meresahkan rakyat Malaysia termasuklah Villa Angrani yang dihuni oleh Tuan Ariffin (Tony Eusoff), mak mertuanya Tok Wan (Datin Paduka Umie Aida), isterinya Habsah (Adibah Noor) dan anak-anaknya Safura (Tiz Zaqyah), Salmiah (Nabila Huda), Suhaila (Nora Danish), dan Shazrul (Nasiruddin Alaydrus). Hanya Suhaila dan Shazrul yang belum berkahwin tinggal bersama dengan Tuan Ariffin. Walaubagaimanapun, mereka sebuah keluarga yang rapat dan anak-anak selalu berkumpul di situ. Tuan Ariffin menyediakan bilik untuk semua anak-anaknya termasuklah Safura yang sudah berkahwin kecuali Salmiah yang seperti anak terbuang kerana perkahwinannya yang tidak direstui. Adik-beradik bersepakat mahu merapatkan semula hubungan Salmiah dengan Habsah.
Tok Wan mengidap Alzheimer dan selalu membuat suasana jadi huru hara dengan perangainya. Tuan Ariffin mempunyai hubungan dengan Riana (Fatiya Latiff), seorang janda yang rumahnya berdekatan dengan masjid. Apabila masjid ditutup, Tuan Ariffin resah sebab tak dapat jumpa dengan kekasih hati. Habsah yang sangat fobia dengan Covid-19 sangat tegas dan tak suka anak-anak keluar rumah tanpa sebab. Dia sangat mematuhi SOP. Hubungan antara Tuan Ariffin dan Riana dapat dihidu oleh Shazrul. Dia berpakat dengan Suhaila untuk menggagalkan hubungan ayah dan janda itu.
Safura bergiat aktif dalam kerja amal, menghantar barang dan makanan kepada warga seni yang kurang berkemampuan. Setelah PKP dilanjutkan, Safura ingin mengadakan konsert secara maya bagi mengumpul dana. Suhaila pula resah dengan majlis perkahwinan yang akan diteruskan dengan pematuhan SOP. Sebagai seorang influencer, Suhaila kongsikan video persiapan perkahwinannya untuk tatapan peminat. Suhaila terkejut apabila suaminya, Zafrin mengambil keputusan untuk tidak hidup menumpang di Villa Angrani. Bagaimana Suhaila menyesuaikan diri? Tambahan lagi, Suhaila memang tidak gemar membuat kerja rumah dan tidak pandai memasak.
Boleh klik link dibawah untuk tonton.
0 Comments
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!