Drama yang di adaptasi dari sebuah novel 'Sabarlah Duhai Hati' karya Mimie Afinie akan mengisi slot Akasia TV3. Menemukan gandingan Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli. Diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading, arahan Mohd Fazli Yahya. Bersiaran setiap hari mulai 28 April 2021 pukul 7 malam di TV3.


JUDUL : SABARLAH DUHAI HATI

EPISOD : 35 

TARIKH TAYANGAN : 28 April 2021 

WAKTU SIARAN : Isnin – Ahad, 7.00 malam 

SIARAN TV : Slot Akasia TV3 

PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis 

PENGARAH : Mohd Fazli Yahya, Eez Jalaluddin 

PRODUKSI : Suhan Movies & Trading 

PELAKON : Saharul Ridzwan, Amyra Rosli, Aiman Badrul, Puteri Sarah Liyana, Izzue Islam, Iman Suhana, Fadilah Mansor, Balkisyh Semundur Khan, Haleeda, Emelda Rosemila, Kodi Rasheed, Hisyam Bakar, Danish Hazriq, Pablo Amirul, Ann Zain


WATAK PELAKON

Saharul Ridzwan sebagai Affan 

Amyra Rosli sebagai Fira 

Izzue Islam sebagai Nazim 

Puteri Sarah Liyana sebagai Dian 

Iman Suhana sebagai Nadia 

Aiman Badrul sebagai Danish 

Fadilah Mansor sebagai Opah 

Balkisyh Semundur Khan sebagai Mak Teh Zana 

Haleeda sebagai Laila 

Emelda Rosemila sebagai Shima 

Kodi Rasheed sebagai Rizal 

Hisyam Bakar sebagai Pak Teh 

Pablo Amirul sebagai Johan



SINOPSIS NOVEL :

Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya.

Tegur pun tak pernah, tiba-tiba  nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela.

Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.

“Sejak bila abang suka Fira?”

“Sejak Fira curi hati abang.”

“Abang kan pernah cakap, abang tak suka Fira. Abang takkan kahwin dengan Fira.” 

Tawa Affan memecah suasana hening malam. Kuat dan lama. Dalam suram cahaya lampu, Fira pandang suaminya. Geram dengan suara tawa itu.

“Ini cerita tahun bila Fira bawa keluar ni?”

“Tak kisahlah tahun berapa pun, yang penting abang pernah cakap macam tu, kan? Kecil hati Fira, tau!” 

“Kecik hati dengan abang la ni?”

“Memang pun. Dah buat orang macam tu, pandai pulak ajak orang kahwin. Tak malu.” Fira mengejek. Lagi sekali Affan hamburkan tawanya. Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan rintangan.

“Kalau you nak tahu, bukan Affan yang nak sangat kahwin dengan you tapi mak teh yang paksa dia. Sebabnya mak teh kesiankan you.”  - Nadia

Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?



Pada korang yang nak tonton drama ni secara online, boleh tengok disini → Drama Sabarlah Duhai Hati